#MOVIEREVIEW : Miss Peregrine’s Home For Peculiar Children (2016)


Miss Peregrine's Home for Peculiar Children merupakan filem fantasi yang diarahkan oleh Tim Burton dan ditulis oleh Jane Goldman, filem ini berdasarkan novel 2011 dengan nama yang sama oleh Ransom Riggs. Dibintangi oleh Eva Green, Asa Butterfield, Chris O'Dowd, Allison Janney, Rupert Everett, Terence Stamp, Ella Purnell, Judi Dench dan Samuel L. Jackson.

Pelakon :

Eva Green sebagai Miss Peregrine
Asa Butterfield sebagai Jake
Samuel L. Jackson sebagai Barron
Judi Dench sebagai Miss Avocet
Rupert Everett sebagai Ornithologist
Allison Janney sebagai Dr. Golan
Chris O'Dowd sebagai Franklin Portman
Terence Stamp sebagai Abraham 'Abe' Portman
Ella Purnell sebagai Emma Bloom
Finlay MacMillan sebagai Enoch O'Conner
Lauren McCrostie sebagai Olive Abroholos Elephanta
Hayden Keeler-Stone sebagai Horace Somnusson
Georgia Pemberton sebagai Fiona Fruanfeld
Milo Parker sebagai Hugh Apiston
Raffiella Chapman sebagai Claire Densmore
Pixie Davies sebagai Bronwyn Bruntley

Sinopsis Miss Peregrine’s Home For Peculiar Children :

Selama bertahun-tahun Abe Portman memberitahu cerita cucunya Jake tentang zaman kanak-kanaknya yang melawan raksasa dan menghabiskan masa ketika Perang Dunia II di rumah Miss Peregrine untuk kanak-kanak luar biasa di Cairnholm, Wales. Miss Peregrine Alm, mempunyai kebolehan paranormal dan dikenali sebagai "Peculiars". Selepas Jake berusia 16 tahun, dia menerima panggilan telefon daripada datuknya, dia pergi ke rumahnya dengan penyelia kedai ubat, Shelly dan mendapati datuknya meninggal dengan matanya hilang. Abe memberitahu Jake untuk pergi ke gelung Cairnholm pada September 3, 1943, dan dia juga memberitahu bahawa "burung" akan beritahu dia segala-galanya. Abe kemudian mati secara misteri. Jake dan bapanya Frank pergi ke Cairnholm, di mana Jake mendapati bahawa rumah kanak-kanak telah musnah semasa serbuan Luftwaffe pada "September 3, 1943". Di rumah, Jake telah dikejutkan apabila beberapa kanak-kanak Peculiar keluar untuk menyambut beliau. Mereka dihantar oleh Miss Peregrine selepas dia melihat Jake dan Frank tiba di pulau itu. Mereka membawanya melalui sebuah gua dan Jake mendapati dirinya pada tahun 1943, apabila rumah mereka masih utuh. Miss Peregrine menegurnya dan menjelaskan bahawa dia tergolong dalam golongan Peculiars wanita yang bernama "Ymbrynes", yang boleh berubah menjadi burung dan memanipulasi masa. 

Sinopsis seterusnya >> KLIK SINI <<


Jake terjumpa atuk dia mati tanpa mata

Jake ke tempat yang atuk dia suruh pergi

Emma dan 'peculiars' yang lain bawa Jake jumpa Miss Peregrine

Ni la Miss Peregrine tu

Budak ni ada kuasa boleh angkat benda berat macam tu la

Masa ni dorang putarkan gelombang masa

Dorang ni hollow, dorang makan mata

Ok, yang tinggi tu Hollow, dalam ramai ramai peculiar tu, Jake je nampak Hollow.

Dorang  ni orang biasa tapi dorang nak jadi peculiar tapi last last jadi Hollow.

Cerita ni menceritakan macam mana Jake dengan kawan kawan dia melenyapkan Hollow, aku nak cerita tapi korang tengok la sendiri ye. Mula mula tengok iklan sebelum masuk panggung wayang tu nampak macam best gila tapi boleh tahan best la. Macam berbeza la dari cerita yang biasa tengok. Semua karakter best dan luar biasa, aku suka yang invicible dengan kembar tu. Yang part tetiba cintan tu macam tak leh nak brain, hahahaha.

Rating aku : 7/10
Rating imdb : 6.8/10

You Might Also Like

3 comment

  1. Cerita ni dah keluar since tahun lepas lagi kan? macam menarik je baca review ni hehe. btw saya singgah dan follow blog alya ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. belum sempat tengok lagi cerita nih.huuhu

    ReplyDelete
  3. elsa baru tertengok movie nie dekat kedai makan dekat damansara semalam. macam macam orang dalam movie nie. ada yang takde kepala lah yang boleh makan lebah lah hahaha. tak khusyuk sangat tengok pun sebab tengok sekejap sekejap je kan

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90