Tonton / Download Drama Jejak Karmila


Drama di slot Zehra TV3 berjudul Jejak Karmila merupakan drama adaptasi novel karya Nilam Himawari dan Rizalwan Ramli. Menampilkan gandingan baru Mia Ahmad, Ruhainies bersama Fauziah Dato Ahmad Daud. Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd itu diarahkan oleh Murali Abdullah.

PELAKON

Fauziah Ahmad Daud sebagai Karmila
Mia Ahmad sebagai Suraya
Ruhainies sebagai Nonie
Asyraf Aley sebagai Syed Haikal
Amy Mastura sebagai Syarifah Aniza
Ben Ali sebaagai Jojo
Afiq Anuar sebagai Ikmal
Azri Iskandar sebagai Syed Zaidi
Fauziah Nawi sebagai Hamidah
Adriana Fareesha sebagai Suraya (kecil)
Amanda Misbun sebagai Kak Inah
Wan Sharmila sebagai Karmila (remaja)
Johan Arrif As'ari sebagai Karim


SINOPSIS JEJAK KARMILA 

Mengisahkan keteguhan cinta Karmila terhadap Karim (Johan Asaari), anak kepada hartawan Hamidah (Fauziah Nawi). Karmila menyara hidup dengan bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Zaidi.

Siapa sangka, Zaidi dalam diam menyimpan perasaan terhadapnya. Kerana cinta, Karmila berhenti kerja dan ingin berkahwin dengan Karim atas dasar cinta. Namun hubungan itu ditentang Hamidah. Karim yang benar-benar mencintai Karmila memilih untuk keluar dari rumah dan mengahwininya.

Namun, Karim lebih cenderung dengan kehidupan bebas dan aktiviti-aktiviti negatif. Karmila terpaksa bekerja di sebuah kedai jahit milik Kak Shikin untuk menyara hidup keluarganya. Suraya (Mia Ahmad) dan Nonie (Ruhainies) yang masih bersekolah dan memerlukan perhatian Karmila dan Karim sebagai ibu bapa.

Konflik terjadi sehingga Karmila dihukum penjara 20 tahun kerana membunuh suaminya tanpa sengaja demi menyelamatkan anaknya, Suraya dan Nonie. Hampir 20 tahun meringkuk dalam penjara, jiwa dan hatinya sudah lali dengan keadaan itu, tetapi masih bersemangat untuk menjejaki anaknya setelah sudah sekian lama terpisah.

Sementara itu, Suraya yang bekerja sebagai wartawan jenayah turut berusaha menjejaki ibunya, Karmila tanpa mengetahui si ibu berada dalam penjara. 

Terjadi juga konflik cinta tiga segi antara dua beradik, Suraya dan Nonie dengan Syed Haikal.

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90