5 Youtuber Malaysia Yang Best

May 09, 2016





Hari tu aku share tentang 5 youtuber kegemaran dari luar negara / overseas, jadi hari ni aku nak sambung tentang youtuber malaysia yang best pula. Orang kata boleh buat duit dengan jadi youtuber ni tapi aku tak tahu pula macam mana diorang kira mungkin dari segi subscriber atau viewer dia. 

Korang pernah tengok youtuber mana? Nanti share dengan aku ok? hehe


1. Putreeo


Aku tengok video dia sebab nak tengok review tentang Hada Labo Skincare, lepas dah tengok tu baru aku cuba skincare tu dan mula berjinak untuk tengok channel dia. Bukan itu sahaja, banyak tutorial tentang makeup dan shawl yang aku boleh belajar as a makeup beginner. Well, as you guys can see, she's pretty right dan kelakar? haha. Dia punya home thumbnail sangat kemas so senang nak tengok yang mana satu aku nak atau mungkin sebab dia dah banyak sangat video.


2. Cupcakeaisyah


Macam biasa, aku suka tengok semua makeup haul dalam youtube dan terjumpa channel cupcakeaisyah. Dia buat Sephora Haul yang aku rasa nak menangis sebab rasa nak membeli tu semakin meningkat (jangan bandingkan hidup orang lain dengan diri sendiri please...). Actually aku suka singgah sephora store terutama yang dekat IOI Mall dan KLCC, nak menari rasanya dalam store tu sebab semua makeup dia macam affordable. Channel dia menarik sebab ada macam-macam challenges dengan mak dan abang dia, yeah, its fun. She's young and gorgeous.


3. Little Miss Khan


Ini la dia adik Neelofa yang kontroversi gila hari tu, aku tak nak ulas tentang kontroversi tu, itu hal dia lah. haha. Tapi lepas kontroversi tu lah aku follow dia punya channel. Video first yang aku tengok dekat channel dia adalah tentang apa yang dia bawa ke sekolah, hahaha, korang kalau tengok aku tak tahu la apa first impression korang tapi first impression aku adalah kaya. Yang video atas ni pula memang dah jadi kegemaran aku suka tengok haul sebab senang nanti kalau macam nak beli at least dah pernah tahu kan.


4. FaaFirds



Untuk channel ni pula, banyak tutorial shawl yang senang dan cantik korang boleh cuba. Orang dia cantik dan fun. Bukan tu sahaja korang boleh juga tengok makeup tutorial yang best meletop semua. Home thumbnail dia pun kemas sama macam Putreeo dan subscriber dia sebanyak 18650. Bukan tu je, dia ada blog okay, http://faafirds.blogspot.my/ nanti korang visit okay?


5. Gadis TV




Semenjak kedatangan putreeo dan princessmeenie lah yang menyebabkan aku terjebak dengan channel. hahaha. Kelakar gila dua-dua orang tu, korang tengok video dekat atas ni.


Okay, selesai sudah youtuber haul aku. eh. hahahaha. bye. enjoy

You Might Also Like

2 comment

  1. Singgah sini..
    menarik nie..boleh la singgah kat youtube dieorang...

    ReplyDelete
  2. Ya menarik youtube nya.singgah kat youtube ucing juga dan subscribe.tekan nama ucing (>.<)

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM