8 Tanda Badan Anda Bertoksin


Apa itu toksin? Adakah toksin merbahaya untuk badan kita? Toksin adalah sisa makanan yang tidak tercerna dan terkumpul dalam badan manusia dan boleh bertukar menjadi racun. Bahaya toksin, bukan sahaja kepada sistem pencernaan, peredaran darah ke seluruh organ tubuh bahkan sistem sirkulasi manusia, hati dan ginjal.

Apakah tanda-tanda badan bertoksin?


1. Sembelit



Anda perlu membuang air besar dua hari sekali bagi memastikan bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama di dalam badan dan membawa penyakit.


2. Kembung Perut



Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap didalamnya dan menyebabkan perut menjadi tidak selesa dan kembung.


3. Sakit Kepala



Badan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala yang berulang-ulang malah boleh menyerang anda setiap hari.




4. Letih dan Lesu



Toksin yang terkumpul dalam badan umpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan, menyebabkan badan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.


5. Mulut Berbau



Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang sekeliling.


6. Perut Buncit



Najis yang terkumpul lama di dalam usus mengeraas dan menjadi tempat angin berkumpul. Ini menyebabkan perut anda kelihatan boroi walaupun berat badan masih normal.


7. Kulit Kusam



Jika masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan, cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang terkumpul didalam badan terlebih dahulu.


8. Kemaruk Makan




Badan yang bertoksin menyebabkan anda tidak dapat mengawal  cara makan dengan baik, malah menyebabkan anda sering rasa lapar dan ingin mengunyah sepanjang hari.

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90