Drama Syurga Nur

May 02, 2016



Drama ini diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dan bukan adaptasi dari novel. Drama Syurga Nur  mengandingkan pelakon Amar Asyraf dengan Janna Nick.

Genre : Drama Cinta
Pengarah : Azman Yahya
Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 6:55 petang
Mula Ditayangkan : 1 Julai 2015

Sinopsis

Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh makciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. 

Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka.

Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya bila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti.

Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?


Pelakon

  • Janna Nick sebagai Nur Jannah
  • Amar Asyraf sebagai Kamil
  • Azrel Ismail sebagai Dr Haris
  • Sheila Rusly sebagai Sarina
  • Raja Ilya sebagai Alin
  • Dayana Roza sebagai Siti
  • Erwin Dawson sebagai Adib
  • Ammar Alfian sebagai Nik Safuan
  • Elin Sharliza sebagai Alia
  • Khairil Anwar Aman sebagai Dato johar
  • Anne Abdullah sebagai Datin Mariam
  • Shajiry sebagai Said
  • Aidil Alias sebagai Ustaz Azim
  • Yaya Zahir sebagai Emma

Lagu Tema Syurga Nur

Lagu : Benar Cinta
Penyanyi : Aisha Hanim


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM