Tonton / Download Drama Sayangku Kapten Mukhriz



Sayangku Kapten Mukhriz merupakan drama adaptasi novel Anugerah Terindah karya Sophilea. Diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dibawah terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd. Drama ini menampilkan gandingan baru Raja Afiq dan Niena Baharun sebagai pelakon utama.  

PELAKON :

Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Mukhriz
Amaniena Baharun sebagai Dr Arianna Dahlia
Ikhlas Jalil sebagai Kapten Ustaz Fauzan
Hafizul Kamal sebagai Zakuan
Neera Azizi sebagai Dr Anisa
Reen Rahim sebagai Siti Awina
Fezrul Khan sebagai Leftenan Komander Izzudin
Ieka Zulkifli sebagai Marlia
Hafizuddin Fazil sebagai Tuan Razlan
Khaty Azian sebagai Puan Sharifah Radziah
Noniswara sebagai Puan Zarina
Nurul Iliyana sebagai Mirza


SINOPSIS :

Berkisarkan tentang kehidupan Kapten Ustaz Syed Mukhriz Al-Attas, pegawai KAGAT yang berkhidmat di situ, seorang lulusan UIA dan berasal dari Perlis. Mukhriz menjadi tumpuan warga kem kerana kisah hubungannya dengan Kapten Aliza yang menjadi perhatian. Kapten Aliza Adeline, keturunan cina jatuh cinta pada Mukhriz. Malah, ramai yang suka mereka bersama sebab merasakan mereka pasangan yang sepadan. Namun, keputusan Mukhriz untuk menolak cinta Kapten Aliza membuatkan wanita itu kecewa dan minta ditukarkan ke Kelantan. Gamat seketika suasana. Ramai yang simpati pada Kapten Aliza kerana tahu Kpten Aliza sedang mendalami Islam dan perlukan pembimbing. Namun Mukhriz bimbang jika Aliza mahu memeluk Islam kerana mahu berkawin dan bukan kerana sinar Islam itu sendiri. Dan Mukhriz juga mengalah kerana dia tahu Fakhrie begitu sukakan Aliza dan berdoa agar suatu masa nanti mereka akan bertemu jodoh.

Kapten Ustaz Mukhriz dan Doktor Ariana - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan.

Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz

You Might Also Like

3 comment

Terima kasih :)

728 x 90