4 Cara Untuk Hilangkan Dagu Berlapis

September 18, 2016


Dagu berlapis ataupun dikenali juga sebagai Double chin terjadi lapisan lemak yang menonjol di bawah dagu. Jadi terdapat beberapa cara untuk hilangkan dagu berlapis. Jom kita cuba.


1. Urutan wajah
Untuk mengatasi lebihan isi di bawah dagu, lakukan urutan wajah setiap hari seperti dongakkan kepala. Kemudian secara perlahan-lahan, lakukan urutan di bawah dagu. Urutan perlu dilakukan dari leher menghala ke dagu. Dengan teknik urutan yang betul, ia dapat melancarkan perjalanan darah dan wajah untuk menjadi bujur, sekali gus mengatasi dagu berlapis.


2. Jaga pemakanan
Sentiasa menjaga pemakanan dengan mengelakkan makanan berlemak. Ini boleh membuatkan berat badan anda naik. Bentuk wajah juga akan terkesan jika anda mengalami penambahan berat badan.


3. Elakkan tidur pada waktu siang
Amalan tidur siang membuatkan wajah anda menjadi sembap dan lesu. Wajah yang ‘membengkak’ ini membuatkan anda kelihatan berisi dan dagu berlapis.


4. Senaman wajah
Amalankan senaman wajah seperti 'Ma Mi Mo Me Mu' ataupun buka mulut anda seluas-luasnya kemudian tutup, lakukan gerakan ini beberapa kali. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah, membuatkan wajah ‘bersenam’. Pergerakan ini membantu memecahkan lemak pada wajah termasuk di bawah dagu.


Selamat mencuba

You Might Also Like

7 comment

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Hiii
    Awak belum contact untuk beri detail hadiah GA.

    http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/08/giveaway-pertama-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete
  3. memang kena praktikkan sebab sebelum ni tak ada double chin , now ya allah smapai berpeluh hehe

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM