#KDRAMAREVIEW : Mirror Of The Witch

September 22, 2016

Mirror of the Witch adalah satu siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi Yoon Shi-yoon, Kim Sae-ron, Lee Sung-jae, Yum Jung-ah dan Kwak Si-yang, ia merupakan sebuah kisah yang diilhamkan oleh buku Dongui Bogam.

Pelakon : 

Sae-ron Kim sebagai  Seo-ri
Sung-jae Lee sebagai  Choi Hyeon-seo
Shi-yoon Yoon sebagai  Heo Joon
Jung-ah Yum sebagai  Hong-joo
Hee-jin Jang sebagai  Queen Shim
Si-Yang Kwak sebagai  Poong-yeon
Yi-Kyeong Lee sebagai  Yo-gwang
Dal-hwan Jo sebagai  Heo Ok
Do Hee Min sebagai  Soon-deuk
Ga-young Moon sebagai  Sol-gae
Mi-seon Jeon sebagai  Heo Ok's mother
Hoi-Hyeon Yeo sebagai  Crown Prince Soonhwe
Yeong-ae Kim sebagai  Queen Yoon 
Hee-jung Kim sebagai  Heo Joon's mother

Sinopsis :

      Queen Shim (Jang Hee-jin), adalah seorang ratu diraja di istana yang tidak dapat mempunyai anak, lalu meminta bantuan seorang bomoh yang bernama Hong-joo (Yum Jung-ah) untuk melahirkan seorang putera. Hong-joo memberitahu kepada Queen Shim untuk menipu bomoh muda bernama Hae-ran (Jung In-seon) yang mempunyai kebolehan istimewa yang membolehkan dia untuk tidur dengan raja supaya dia boleh hamil. Hong-joo kemudian menggunakan ilmu hitam untuk memindahkan janin kepada ratu dan merancang untuk membunuh Hae-ran. Malangnya, Hae-Ran mengetahui segala-galanya dan memberi sumpahan kepada bayi Queen sebelum mati. Queen Shim kemudian melahirkan anak kembar, Putera Mahkota Soonhwae (Yeo Hoe-hyun) dan puteri Yeon-Hee (Kim Sae-ron), tetapi puteri terpaksa meninggalkan istana dan hidup di dalam hutan kerana sumpahan.
        Dengan bantuan Shaman Choi Hyun-seo (Lee Sung-jae), Yeon-hee membesar sebagai seorang gadis muda yang cantik, tetapi dia terpaksa kekal di kawasan terpencil dan jauh dari semua orang dan tinggal di sebuah rumah yang dikelilingi oleh azimat. Poong-yeon (Kwak Si-yang), anak Hyun-seo, telah tertarik pada dia sejak dia masih kecil. Seorang pemuda yang bernama Heo Jun (Yoon Shi-yoon), anak kepada seorang hamba, telah menemui Yeon-hee. Pertemuan antara Yeon-hee dan Heo Jun telah mengikat nasib mereka dalam perjalanan mereka bersama-sama untuk menghilangkan sumpahan puteri.

Can a young royal physician change the fate of a cursed princess? When Queen Shim (Jang Hee Jin) is unable to conceive, she visits the shaman Hong Joo (Yum Jung Ah). Hong Joo's powerful black magic helps the Queen give birth to a twin boy and girl, Soon Hwae (Yeo Hoe Hyun) and Seo Ri (Kim Sae Ron). But the dark sorcery comes with a price when Seo Ri is cursed, causing her to be abandoned and left for dead by the Queen. Seo Ri is rescued by the father of Poong Yeon (Kwak Shi Yang), who becomes her only friend as she grows up in hiding. With Poong Yeon and her helper, Choi Hyun Seo (Lee Sung Jae), by her side, Seo Ri grows up as a witch, all the while trying to figure out how to lift the evil curse on her life. When Seo Ri meets the royal physician Heo Jun (Yoon Shi Yoon), will he help her change her fate and reclaim her rightful place?


Black magic

Black magic yang dihantar kepada Queen Shim

Hae-Ran ni lah yang jadi mangsa Hong Joo untuk dapatkan zuriat Queen Shim, Hae-Ran sumpah Queen Shim akan dapat kembar dua dan semua yang sayang bakal puteri yang dilahirkan tu akan mati.

Queen Shim terkejut yang dia dapat kembar dua

Ni lah tempat puteri Yeon Hee tinggal, jauh dari orang ramai.

Puteri Yeon Hee winks!

Yeon Hee selamatkan Heo Joon daripada terjatuh

Hong Joo gunakan black magic kepada Raja

Yeon Hee kerja dia buat elixir, macam penuhi impian seseorang dengan minum elixir tu.

Ni lah hero drama ini, aku ingat dia ni sebagai Kim Tak Gu je. Hahaha

Yang laki tu sebenarnya suka dekat Yeon Hee, perempuan sebelah tu pula suka dekat laki sebelah tu

Yeon Hee bila berubah jadi Witch


Overall, aku suka dengan cerita ni tapi aku tak berapa suka watak raja dia tu. Kebanyakan drama sejarah korea yang aku tengok, dorang guna watak raja sama macam tu tapi ok je cuma macam geram la juga kan. Hehehe. Aku suka plot cerita dia, berbeza dari cerita yang aku pernah tengok, paling best part masa Heo Joon dapat tengok hantu tu, yang part tu memang sangat kelakar. Banyak juga la scene menarik dalam cerita ni, malas nak cerita satu per satu nanti korang tak curious dah nak tengok. Ke dah tak curious? Hhahaha

 Rating :
    / 5

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM