Tonton / Download Drama Ketupat Palas Mr Handsome


Menampilkan gandingan pelakon popular iaitu Mira Filzah dan Fattah Aminz sebagai pelakon utama. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd, arahan Mohd Latiff Zami (Yeop Hitler) dan skrip Sofia J Rhyland ditayangkan pada bulan Ramadan, bermula 23 June 2016, setiap hari Rabu hingga Jumaat pukul 9.00 malam di TV3.


PELAKON :

Mira Filzah sebagai Ayu
Fattah Aminz sebagai Kruz
Aisya Hasnaa sebagai Natasha
Eyka Farhana sebagai Umi
Firdaus Ghufran sebagai Amar
Syazuwan Hassan sebagai Sam 
Marisa Yasmin sebagai Maryam
Shah Sulaiman sebagai Joe (PA Kruz)


SINOPSIS :

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.


You Might Also Like

1 comment

  1. aa tgk jugk tp tak habes. hihi. fattah amin ni dh tak kaku brlakon. igt dlu playboy itu suami aku, ya Allah.. mcm ape entah..

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90