Tips Mewangikan Kereta


Aku bukan jenis suka sangat kereta wangi-wangi dengan letak 10 jenis pewangi kenderaan tapi aku lebih suka kereta yang tak bau busuk macam bau kasut, bau sampah, bau ikan dan macam-macam bau lain yang tak menyelerakan. Kalau boleh aku nak yang tak ada bau terus macam kereta baru beli tu. hahaha. Jadi tips kali ini, aku ada cara mudah untuk hilangkan bau busuk dalam kereta. Senang je, korang boleh cuba tips superpower aku ni. Lepas ini, boleh simpan duit korang tu dan tak perlu berhabis wang untuk bagi kereta bau harum sepanjang masa.


Bahan yang diperlukan :


1 bekas plastik
1 getah gelang
1 helai kertas tisu
1 sudu besar kopi

Cara membuat : 

Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. 


Kalau rumah tak ada kopi, korang boleh letak serbuk teh atau pun pandan sebab dedua ni boleh hilangkan bau dan mewangikan.

Selamat mencuba.

You Might Also Like

4 comment

  1. thanks alya! :)
    serius tak tahu pulak kopi pun boleh. ingat pandan je.
    tapi takut pulak kalau orang tumpang kete. dibuatnya air kopi dlm kereta. hahah :P

    ReplyDelete
  2. berkerut dahi baca perkataan ni "panda" siap ulang bebanyak kali takut salah baca.. mana nak cari panda pulak.. nasib baik baca komen kat atas ni.. hikhik

    memang letak pandan, tapi, kopi pun not bad jugak kan.. heee

    ReplyDelete
  3. mudah gila tipnya pandan banyak kat uma mak.boleh praktik kan.

    ReplyDelete
  4. aa kopi memang ade scent untuk hilangkan bau kan? cam kalau kita test perfume dekat mall pun dia akn suh kita cium bau kopi untuk hilangkan pening tu

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90