Bahan-bahan :
1 paket Mee Kuning
1 biji bawang besar – hiris halus
4 ulas bawang putih – ketuk dan hiris halus
2 sudu besar cili sambal yang sedia siap dimasak – suka pedas letak lah lebih
10 sudu besar kicap cair – gantikan kicap lemak manis
3 sudu besar sos tiram – tambah sebab tak letak garam
1 sudu besar serbuk kari
2 biji tomato – dibelah empat
2 keping tauhu – digoreng dahulu dan kemudian dihiris nipis
3 keping cucur udang – dipotong 6 **tak letak
2 batang sayur sawi – dipotong anggaran 2 ½ inch
2 cawan taugeh – dibuang ekor, dicuci bersih dan ditoskan
2 biji telur
2 fish cake – dihiris nipis **tambah
1 cawan udang laut bersize kecik– dibuang kulit ** tambah
Minyak untuk menumis
Untuk hiasan :
-. Hirisan timun
-. Limau kasturi dibelah dua
-. Bawang goreng **tak letak
Cara penyediannya :
1. Panaskan kuali dan masukan minyak untuk menumis
2. Tumis bawang besar, bawang putih hingga berbau wangi
3. Kemudian masukkan – sambal cili ready made, kicap lemak manis, sos tiram, serbuk kari, tauhu, cucur udang, fish cake dan udang. Gaul sebati hingga masak.
4. Selepas itu, masukkan mee kuning dan sawi, gaul rata beberapa minit hingga mee dan sawi masak sebati bersama rencah tadi.
5. Ketepikan semua di keliling kuali yang sama dan pecahkan telur kat ruang di tengah-tengah kuali. Biarkan seketika dan kacau rata kesemuanya.
6. Masukkan tomato dan taugeh. Kacau rata hingga masak.
7. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama bahan hiasan – hirisan timun, limau kasturi dan bawang goreng.
Sumber Fb.
Selamat mencuba,
3 comment
sedapnyyyaaaa. menu lunch hr ni :)
ReplyDeletesedapnye mee goreng mamak!
ReplyDeleteLama tak makan mee goreng mamak
ReplyDeleteTerima kasih :)