Drama Satu Cinta



Drama 'Satu Cinta' menyaksikan gandingan serasi Azrel Ismail dan Dayana Roza sebagai teraju utama. Drama 30 episod ini merupakan terbitan JS Pictures Sdn Bhd diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis.


PELAKON

Dayana Roza sebagai Umairah
Azrel Ismail sebagai Faris
Sasqia Dahuri sebagai Airin
Fiza Halim sebagai Fauziah
Hafeez Mikail sebagai Syed Irfan
Haeriyanto sebagai Zailan
Emma Akma sebagai Yati
Zarina Zainuddin sebagai Zila
Ku Faridah sebagai Nek Yam
Julia Farhana sebagai Naina
Adam Lee sebagai Arif
Liaas Mizza sebagai Najihah
Zalfa Zin sebagai Cikgu Ara


SINOPSIS SATU CINTA

Kisah Fauziah dan anaknya, Umairah yang tinggal di rumah Nek Yam sebagai orang gaji. Nek Yam sangat menyayangi Umairah tetapi anak Nek Yam, Zila tidak menyukai mereka telah cuba melakukan berbagai cara untuk menyingkirkan mereka berdua.


Nek Yam yang tinggal serumah dengan anaknya, Zailan dan isterinya Yati juga anaknya, Faris dan Naina. Zila, anak perempuan Nek Yam seorang ibu tunggal tinggal berasingan dengan Nek Yam mempunyai anak iaitu Airin. Malang bagi Nek Yam apabila dua anak kandungnya itu seringkali mengabaikannya. Tinggallah dia menumpang kasih dengan orang gajinya, Fauziah dan anaknya Umairah. Hubungan mereka begitu rapat dan menimbulkan kemarahan Zila.

Masa berlalu Faris, Naina, Airin dan Umairah meningkat dewasa. Nek Yam berkenan mahu menjodohkan Faris dengan Umairah. Namun tindakannya ditentang keras oleh Zila dan Yati yang telah dihasut oleh iparnya itu. Mereka menganggap Umairah tidak setaraf dengan Faris berasal dari golongan berada. Nek Yam tidak peduli dan dia menyuruh Zailan mendaftarkan Umairah belajar di kolej yang sama dengan cucu-cucunya.

Umairah sering menjadi mangsa buli Zila dan Airin. Begitu juga ibunya Fauziah yang sentiasa menerima makian dan hinaan Zila dan Yati. Sebaliknya Zailan simpati dengan keduanya. Yati mula cemburukan Fauziah. Zila pula menyuruh Airin menggoda sepupunya Faris untuk mengaut harta Zailan. Pelbagai cara digunakan Airin namun cinta Faris hanya untuk Umairah.

Kematian Nek Yam membuatkan Zila dan Yati semakin galak mengerjakan Fauziah. Fauziah pula kecil hati dengan Umairah yang dianggap tidak mengikut cakapnya kerana masih berhubungan baik dengan Faris. Kehadiran Irfan yang menarik perhatian Naina digunakan Zila untuk merosakkan hubungan Umairah dan Faris. Namun hubungan keduanya tetap utuh apatahlagi ia amanat terakhir arwah Nek Yam supaya mereka berdua berkahwin.

Keadaan bertambah buruk bila terbongkar rahsia Umairah merupakan anak luar nikah Fauziah yang telah dirogol oleh bapa Irfan, Syed Karim yang merupakan bekas tunang Zila. Perkara itulah yang membuatkan Zila berdendam dengan Fauziah.

Cuba lari daripada situasi yang cukup tertekan, Fauziah dan Umairah berpindah daripada rumah tersebut. Mereka cuba memulakan kehidupan baharu. Faris cuba mencari Umairah namun usahanya sia-sia. Adakah kekuatan cinta mampu menyatukan kedua-duanya?




You Might Also Like

2 comment

  1. aa, akak dh tgk cite ni time bulan pose hr tu dia main dekat tv1. best jugak :) walaupun nampak si roza n mak dia tu baik sgt

    ReplyDelete
  2. Kisah cintan cintun. Layan je laa..

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90