10 Kesalahan Dalam Menghantar Permohonan Kerja Melalui Emel



Adab dan etika ketika memohon pekerjaan adalah amat penting. Pada masa kini, ramai menggunakan email sebagai pengantara atau medium untuk menghantar resume dan cover letter. Aku sendiri pun boleh kira failed juga nak create email untuk majikan. Bagi mengelakkan sebarang kesalahan ketika menghantar permohonan kerja melalui emel, jom baca tips dibawah dari perkongsian Ameirul Azraie.


1. Menggunakan nama pada emel dan alamat emel yang tak profesional. 
Contoh - odie eido <odiekosmos@gmail.com>. Lebih elok jika begini ---> Ameirul Azraie <ameirulazraie@yahoo.com>.

2. Menghantar permohonan kerja kepada banyak syarikat penerima dalam satu permohonan.
THIS IS A BIG NO-NO! Ambil contoh permohonan kerja menggunakan hardcopy, logik ke nak hantar satu Cover Letter & CV yang sama kepada banyak syarikat penerima? Tak logik kan? Samalah juga konsepnya kalau hantar permohonan kerja melalui emel, satu emel permohonan kerja untuk satu syarikat penerima.

3. Tidak menulis apa-apa langsung di ruangan Subject emel.
Ketahuilah bahawa HR bukannya seorang Nujum Pak Belalang yang boleh meneka apakah jawatan yang anda ingin mohon jika tidak dinyatakan di ruangan Subject emel.

4. Menghantar attachments - CV dan lain-lain dokumen dalam format selain pdf format. 
Elakkan menghantar dokumen dalam format word, jpeg dan sebagainya. Paling saya tak boleh terima, hantar attachments yang ada dalam Google drive. Bila klik Google drive, tak boleh nak access. Elok sangatlah tu, delete je lah permohonan kerja tu jawabnya.

5. Menggunakan nama fail yang merepek-repek.
Contoh-contohnya: Resume (2).docx, My CV-111.pdf dan RESUME_new17.pdf. Seelok-eloknya namakan sahaja begini ---> CV - Ameirul Azraie.

6. Saiz fail yang terlalu besar. 
CV yang panjang 2-4 muka surat dalam format pdf saiznya cuma sekitar 250-350 KB, manakala Cover Letter dalam format pdf saiznya cuma sekitar 10-50 KB. Kalau saiz fail anda lebih besar dari ini sila semak semula apa yang anda sertakan dalam dokumen-dokumen tersebut. Elakkan menghantar fail yang bersaiz besar kerana anda tidak mahu memenuhkan kapasiti inbox emel HR dengan emel anda yang mempunyai fail bersaiz besar. Silap haribulan kena archive atau lagi teruk kena delete terus.

7. Menghantar terlalu banyak attachments.
Secara umum, cukup sekadar anda lampirkan Cover Leter & CV untuk permohonan kerja melalui emel. Segala dokumen lain seperti sijil dan transkrip biasanya HR akan minta anda bawa semasa temuduga.

8. Menghantar permohonan kerja melalui emel yang di forwardkan daripada permohonan kerja sebelumnya.
Ini yang orang kata common sense is not so common nowadays.

9. Tidak menulis apa-apa di body emel.
Ingat, emel surat iringan (email Cover Letter) ini wajib ditulis walaupun anda telah lampirkan Cover Letter.

10. Emel surat iringan yang terlalu ringkas atau terlalu panjang.
Pastikan anda menulis emel surat iringan dengan panjang 3-5 perenggan. Jika kurang dari 3 perenggan mungkin emel surat iringan terlalu ringkas manakala jika lebih dari 5 perenggan mungkin emel surat iringan terlalu panjang.

Perkongsian dari Ameirul Azraei

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90