#RESIPI : Biskut Makmur Susu

July 16, 2016



Bahan A

1 kg tepung gandum, tepung digoreng tanpa minyak hingga gebu dan biarkan sejuk.
400g minyak sapi / majerin pun boleh( kena panaskan bagi cair, da sejuk tuangkan kedalam tepung uli hingga jadi doh )

Bahan B (inti)

500g kacang tanah,
di goreng & di tumbuk kasar nak blend pun bole tapi jgn terlalu halus.
200g gula kaster
(Tapi ni ct letak inti cip coklat nak kelainan ^^)

Bahan C

200g susu tepung
250g gula aising


Cara2:

1. Satukan bahan A hingga menjadi doh.

2. Dalam bekas lain, satukan pula bahan B. Venezuelan bulat doh tadi, leperkan sedikit, masukkan sedikit inti kacang, bulatkan lagi kemas. Susun atas dulang pembakar.

3. Panaskan oven pada suhu 160C, bakar selama 15 - 20 minit.

4. Angkat & biarkan suam, salutkan dengan bahan2 C. Simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Makmur Susu versi sabah dari perkongsian Siti Fatimah

You Might Also Like

1 comment

  1. biskut niii, makan kne senyap2. kang berterabur.. hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM