Instagram Kena Hacked!

July 25, 2016

Hai semua, aku nak cerita sikit kisah akaun instagram aku kena hacked dengan entah siapa-siapa tah. Bayangkan korang baru je log in instagram tetiba dia cakap 'You've been log out of blablabla(nama orang lain). The owner account may have changed the password'. Aku tak sangka juga ada orang nak hacked akaun instagram aku sebab aku bukan taraf emma maembong ke ape. Bukan followers 3 million ke ape, hahaha. Aku masih tertanya-tanya motif sebenar dia hacked.


Aku terus search google 'How to get your Instagram back, once you've been hacked' ataupun 'What Should I Do If My Instagram Account Was Hacked?' dan 'How to recover a hacked instagram?'. Macam-macam aku baca termasuklah forum tentang instagram yang kena hacked ni. Aku baca dorang cakap dorang tak boleh dapat balik instagram tu dan macam-macam lagi lah. Aku mula putus asa tapi yang buat aku tak putus asa adalah sebab ada personal photo aku dalam instagram tu. Kalau dia nak ambil insta tu tak ade problem pun, cuma delete la gambar tu. Lol. Kelakar. Mula lah tarbiah diri sendiri, patutlah orang cakap jangan dok post gambar sana sini. Hahahaha. 



Dah settle google semua benda tu, abang aku bagi link untuk report dekat instagram tentang akaun aku dah kena hacked. Kalau korang punya instagram kena hack, klik link dekat bawah ni. You'll be in the right path. Just follow semua step dia.


Nak tahu benda kelakar dalam step dekat link atas ni? Yang paling epic dan tak sangka korang akan lakukan dalam hidup korang ataupun mungkin sekali dalam hidup adalah ambil gambar sambil pegang kertas yang ditulis (handwritten) nama, username insta dan nombor report. Dah macam banduan, like seriously. Aku tergelak macam nak mati dan aku baca ayat dia suruh buat macam tu dekat sepuluh kali sebab tak percaya. Tapi make sure muka sama dengan muka dalam insta korang, karang lain pula jadinya.  Aku ingat nak upload gambar tu tapi nanti viral kang susah juga. Yang bagusnya, team instagram ni cakap dorang akan delete/remove gambar tu, so no worries.

Satu lagi korang jangan buat bila akaun instagram kena hacked iaitu minta kawan-kawan report akaun korang. Kalau korang perasan kita boleh report akaun tu sebagai 'spam' ataupun 'inappropriate' betul tak? Tolong skip benda ni okay? Sebab apa? Sebab bila aku dah dapat balik akaun aku selepas team instagram bagi link baru untuk log in, dalam masa beberapa jam, aku tak boleh log in pula. Ini disebabkan report-report tadi.


Untuk kes ni pula, aku email sahaja dekat team instagram tadi tu cakap la kenapa boleh jadi macam tu, lepas tu dia kasi link sama macam hacked. Jadi aku cuma isi sahaja form tu dan submit. Tak lama lepas tu, team instagram reply cakap yang benda tu 'happen by mistake' dan dia bagi link baru untuk akaun aku. Fuhhhh, senang je sebenarnya bila akaun kena hacked tapi yang part report tu spoiled betul. Benda ni baru sahaja terjadi dekat aku, kalau tak silap aku, sehari sebelum raya.

Sebelum aku terlupa, aku rasa hacker tu banyak dah hack akaun insta orang lain, banyak juga la aku tengok username nama macam sama. Kalau korang tak percaya korang search username sally tu. nanti keluar banyak. Sebenarnya tak lama pun proses nak recover balik akaun instagram, korang jangan risau atau tertanya-tanya 'bila instagram nak reply report?', korang kena sabar sebab bukan korang je dia kena layan dan bantu. Okay? Bagi aku, team instagram cepat buat kerja dan tak lama pun nak tunggu.


Selamat mencuba.

You Might Also Like

6 comment

  1. gituuu. hackers tu nak ape la sbrnya. baik buat akaun fake daripada hacked yg orang punya. duuhhh

    ReplyDelete
  2. hari tu penah kena kat fb...
    minta di jauhi la insta...

    ReplyDelete
  3. macam2 orang sekarang ni.. adoii

    ReplyDelete
  4. Hi Alya, instagram saya kena hack jugak dan bila carik kt google saya jumpa blog awak. saya dah email instagram team and diorg belum reply lagi. kena ambil gamba pegang kertas tu lps instagram team tu respon ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai, sory late reply. kena tunggu instagram reply dlu. lambat juga dorang reply, kena sabar sikit la.

      Delete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM