Cara Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri / Aidiladha

July 05, 2016



Solat Aidilfitri diadakan pada 1 Syawal. Manakala Solat Aidil Adha diadakan pada 10 Zulhijjah. Ia dilakukan selepas naiknya matahari dan sebelum tergelincirnya matahari. Solat sunat Aidilfitri hendaklah dilambatkan sedikit, sedangkan solat hari raya korban perlu disegerakan. Melewatkan solat Aidilfitri bertujuan memberi masa bagi sesiapa belum mengeluarkan zakat fitrah. Manakala solat Aidiladha sunat disegerakan bagi memberi keluasan waktu untuk ibadah korban.


Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Dan Tasbih
Berikut adalah lafaz niat solat sunat aidilfitri, solat sunat aidiadha dan tasbih beserta makna.

Lafaz niat solat sunat aidilfitri (untuk makmum)

أُصَلِّي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz niat solat sunat aidiladha (untuk makmum)

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عِيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku solat sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.

Lafaz tasbih

سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلآ إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ
Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar.


Cara Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri / Aidiladha

  • Rakaat Pertama

- Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat       aidilfitri/aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir (اَلله ُ اَكْبَرُ)  tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.


  • Rakaat kedua

- Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) lima kali diselangselikan dengan bacaan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Memberi salam.


Khutbah Aidilfitri / Aidiladha

Adalah disunnahkan untuk dilaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah pertama didahului dengan 9 kali takbir dan khutbah kedua 7 kali takbir. Diikuti dengan bacaan :

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَالله ُ أَكْبَرُ، اَلله ُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala kepujian.


You Might Also Like

3 comment

  1. Wow nice sharing. Happy Eid Mubarak and have a blessed =D

    ReplyDelete
  2. Thanks for the sharing :) nasib sempat baca post ni sebelum esok, dah ingat-ingat lupa pasal cara cara ni. Btw, selamat hari raya sis :D

    ReplyDelete
  3. Nice sharing dear . Salam Syawal . Maaf Zahir dan Batin jika da terkasar di mana - mana dan terguriskan hati . Salam 0-0 ye . =)

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM