#RESIPI : Biskut Red Velvet



BAHAN-BAHANNYA :

1/2 cawan butter -suhu bilik
1/2 cawan gula kastor -saya guna gula aising
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

NOTA : pukul hingga kembang semua bahan ini - (saya hanya gaul semua bahan hingga sebati menggunakan hand whisk saja)

kemudian masukkan :-

1 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka- (saya guna jus lemon)
1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sudu kecil)
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/3 cawan serbuk koko-( saya guna 1/4 cwn serbuk milo)
1 1/2 cawan tepung gandum

CARA-CARANYA :

1. Gaul semua bahan menggunakan senduk kayu hingga sebati
2. Jika lembik masuk peti sejuk sekejap 10 minit
3. Bulat-bulatkan dan terus bakar.
4. Jarakkan setiap adunan atas dulang pembakar kerana adunan ni akan mengembang.
5.Bakar 180c 10 minit - 12 minit.

Resipi Sheila Rusly

You Might Also Like

3 comment

Terima kasih :)

728 x 90