#RESIPI : Siakap Steam Limau

July 23, 2016



Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
1 labu bawang merah/besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
5 biji cili padi
1 biji limau nipis ambil jusnye
1sdm sos tiram
Sepokok daun ketumbar
Setengah batang carrot
Semangkuk bunga kobis
Setengah biji Lada bengala
Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya :
1. Gunalan kuali yg muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dlm kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan2. Rasakan ikut hati...dan siap

Selamat mencuba

You Might Also Like

3 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM