#MOVIEREVIEW : The BFG (2016)

February 02, 2017


The BFG adalah filem pengembaraan fantasi yang diarahkan oleh Steven Spielberg, g ditulis oleh Melissa Mathison, filem ini berdasarkan novel dengan nama yang sama oleh Roald Dahl pada tahun 1982. Dibintangi oleh Mark Rylance, Ruby Barnhill, Penelope Wilton, Jemaine Clement, Rebecca Hall, Rafe Spall dan Bill Hader. Ia adalah filem terakhir Mathison berikutan kematiannya pada 4 November 2015. Dalam filem itu, seorang gadis anak yatim berkawan dengan seorang gergasi baik hati, yang dikenali sebagai "Big Friendly Giant", yang membawa beliau ke perkampungan gergasi.

Pelakon :

Mark Rylance sebagai BFG
Ruby Barnhil sebagai Sophie
Penelope Wilton sebagai The Queen
Jemaine Clement sebagai Fleshlumpeater
Rebecca Hall sebagai Mary
Rafe Spall sebagai Mr. Tibbs
Bill Hader sebagai Bloodbottler
Ólafur Darri Ólafsson sebagai Maidmasher
Adam Godley sebagai Manhugger
Michael Adamthwaite sebagai Butcher Boy
Daniel Bacon sebagai Bonecruncher
Jonathan Holmes sebagai Childchewer
Chris Gibbs sebagai Gizzardgulper
Paul Moniz de Sa sebagai Meatdripper
Marilyn Norry sebagai Matron

Sinopsis :

Sophie, seorang yatim piatu berumur sepuluh tahun dan tinggal di sebuah rumah anak yatim di London terjaga pada waktu malam kerana insomnianya. Pada jam 3:00 pagi, dia terlihat seorang gergasi tua di luar tingkap, kemudian gergasi itu mengambil Sophie dan membawa ke dalam Perkampungan Gergasi. Di sana, BFG menjelaskan bahawa Sophie mesti tinggal dengan dia untuk sepanjang hidupnya kerana Sophie telah melihat dia dan tidak dibenarkan untuk mendedahkan kewujudan gergasi. Setelah mengetahui bahawa Sophie mempunyai insomnia dan dia tidak percaya BFG boleh mengawal mimpi, BFG berjaya membuatkan Sophie idur dan memberikan dia mimpi ngeri mengenai gagal melarikan diri dan dimakan oleh gergasi lain. Apabila Sophie bangun, Fleshlumpeater, memasuki rumah BFG dan terhidu bau Sophie. Sophie cuba pelbagai cara untuk menyorok dari Fleshlumpeater dan dia hampir termakan Sophie.

Sinopsis seterusnya >> KLIK SINI <<

Masa Sophie ternampak BFG

BFG culik Sophie dari rumah anak yatim

BFG buat mimpi ngeri untuk Sophie supaya dia tidak lari

Fleshlumpeater masuk dalam rumah BFG dan terbau Sophie, die datang nak rawat luka dia tapi jadi benda lain pulak

Ini Sophie, comel juga budak ni, aku suka slang british dia

BFG selalu kena buli macam ni, nasib baik Sophie bijak mengelak

Masa ni dorang tahu yang BFG bawa manusia ke perkampungan dorang

Ok guys, this is BFG

Gergasi-gergasi datang menyerang dekat rumah BFG untuk cari Sophie

Sophie berpakat dengan BFG untuk buat mimpi ngeri kepada permaisuri yang gergasi akan datang ke dunia manusia untuk makan manusia

BFG jumpa dengan permaisuri

makan sama sama guys. lol

Plan permaisuri, BFG dan Sophie berjaya, dorang letak semua gergasi di pulau terpencil

Permaisuri hadiahkan biji benih timun supaya dorang terbiasa makan sayuran daripada makan manusia.

Ok la tapi macam pelik bila BFG jumpa permaisuri tapi permaisuri rilek je siap lunch sama sama lagi tu. hahahaha. Tapi kira menghiburkan la jugak.

Rating aku : 5.5/10
Rating imdb : 6.5/10

You Might Also Like

1 comment

  1. macam menarik je citer bfg ni... belum ada kesempatan lagi nk menengok citer ni.. nnti ada masa bole la tgk.. tq for sharing..

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM