#RESIPI : Cucur Udang dan Kuah Kacang

February 11, 2017


CUCUR UDANG

Bahan-Bahan:

1) 2 cawan tepung gandum
2) 2 cawan air - masukkan sedikit-sedikit
3) 1/2 sudu besar yis
4) 1/2 labu bawang besar - di hiris
5) 1 cawan taugeh
6) 1 ikat kucai dibersihkan - dipotong pendek
7) 1 sudu teh serbuk kunyit
8) 1 sudu teh garam
9) 1 1/2 cawan udang basah - saya guna yang saiz kecil

Cara memasak :

1) Masukkan semua bahan kering kedalam mangkuk besar dan gaul.
2) Masukkan pula air sedikit demi sedikit sambil di kacau adunan menggunakan senduk. Jika adunan cair , hentikan penggunaan air, 2 cawan air memang adunan sedang elok sahaja. Masukkan pula udang dan sisakan sedikit untuk diletakkan keatas cucur sebelum menggoreng. perapkan adunan dalam 15minit sebelum mula menggoreng.
3) Seterusnya ceduk adunan dengan senduk dan letakkan dua ekor udang.
4) Rendamkan senduk kedalam kuali berisi minyak panas dan gunakan sudu untuk menaggalkan tepung dari senduk. Goreng hingga keemasan menggunakan minyak yang sederhana panas agar masak sempurna.
5) Angkat cucur, toskan minyak dan bolehlah dihidangkan dengan kuah kacang.

KUAH KACANG

Bahan A
1) 2 cawan kacang tanah
2) 15 tangkai cili kering
3) 1/2 inci belacan
4) 1 labu bawang besar - dimayang
Bahan B
1) 1/4 cawan gula
2) 1/4 cawan air asam jawa
3) Garam secukup rasa
4) Air secukupnya

Cara Membuatnya :
1) Goreng kacang tanah hingga ranggup dan kisar kasar.
2) Goreng juga cili kering, belacan dan bawang besar dengan sedikit minyak dan kisar halus.
3) Masukkan semua bahan kisar kedalam periuk dan masukkan juga gula, air asam jawa dan garam secukup rasa.
4) Seterusnya masukkan air secukupnya dan masak sebentar sahaja ikut kepekatan yang dikehendaki. Matikan api dapur.

Selamat Mencuba!

Kredit: Resepi Masakan Melayu

You Might Also Like

1 comment

  1. nampak sedapnye cucur udang tu... ooo ada letak yis eh... tak pernah try letak yis dalam cucur ni..

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM