#MOVIEREVIEW : Independence Day : Resurgence (2016)


Independence Day : Resurgence merupakan filem yang diarahkan oleh Roland Emmerich dan ditulis oleh Emmerich, Dean Devlin, Nicolas Wright, James A. Woods dan James Vanderbilt. Ia adalah sekuel kepada filem Independence Day 1996 dan dibintangi Liam Hemsworth, Jeff Goldblum, Bill Pullman, Jessie Usher, Maika Monroe, Travis Tope, William Fichtner, Charlotte Gainsbourg, Judd Hirsch, Brent Spiner dan Sela Ward. Filem ini ditetapkan dua puluh tahun selepas peristiwa filem yang pertama.

PELAKON :

Liam Hemsworth sebagai Jake Morrison
Jeff Goldblum sebagai David Levinson
Jessie T. Usher sebagai Dylan Hiller
Bill Pullman sebagai President Whitmore
Maika Monroe sebagai Patricia Whitmore
Sela Ward sebagai President Lanford
William Fichtner sebagai General Adams
Judd Hirsch sebagai Julius Levinson
Brent Spiner sebagai Dr. Brakish Okun
Patrick St. Esprit sebagai Secretary of Defense Tanner
Vivica A. Fox sebagai Jasmine Hiller
Angelababy sebagai Rain Lao
Charlotte Gainsbourg sebagai Catherine Marceaux

SINOPSIS Independence Day : Resurgence (2016) :

Dua puluh tahun selepas pencerobohan makhluk asing, Bangsa-Bangsa Bersatu telah menubuhkan Earth Space Defense (ESD), program pertahanan dan penyelidikan global yang bertindak sebagai sistem amaran awal Bumi daripada ancaman luar bumi. Pasukan pertahanan utama menggunakan peralatan yang diselamatkan dari tinggalan kuasa asing dan beroperasi sebagai pangkalan tentera yang dibina di Bulan, Planet Marikh , dan Rhea. Kawasan 51 di Nevada telah menjadi Ibu Pejabat ESD. Dunia sedang bersedia untuk meraikan ulang tahun kedua puluh kelangsungan hidup mereka selepas pencerobohan makhluk asing. Dalam wilayah negara Afrika Republique Nationale d'Umbutu, pengarah ESD, David Levinson bertemu dengan Dr. Catherine Marceaux (Charlotte Gainsbourg) dan ketua perang Dikembe Umbu, mereka telah naik ke salah satu pesawat makhluk asing dan secara tak sengaja telah mengaktifkan komunikasi makhluk asing itu dimana 20 tahun lalu sebelum kapal terbabit dikalahkan, mereka(makhluk asing) telah menghantar panggilan kecemasan ke planet mereka. Kapal sfera yang tidak dikenali, dengan teknologi yang berbeza daripada makhluk asing yang menyerang 20 tahun sebelum ini muncul dari lohong berhampiran ibu pejabat pertahanan bulan ESD.




Ini pengkalan tentera dekat bulan

Kapal makhluk asing start nak parking dekat bumi

Kapal tentera cuba pertahankan bumi

Ni la ratu makhluk asing yang berteknologi tu

Yang bulat sfera ni dikatakan boleh memusnahkan makhluk asing tu, sebab tu la makhluk asing tu nak sangat dengan sfera ni

Bila sfera dah diaktifkan, ratu makhluk asing tu dapat jejak dia

Kapal ratu dah sampai dekat tempat sfera tu

ESD cuba nak letupkan ratu dengan mengorbankan salah seorang dari tentera mereka

Tapi ratu terselamat, siap berkejaran dengan bas sekolah. Nak jadi geng bas sekolah agaknya. haha

Ni gambaran kapal induk yang mendarat di bumi dan cuba mengorek ke teras bumi. Dorang korek 'molten core' macam nak isi minyak kapal dorang gitu ler.

Pada pendapat aku, boleh tahan la cerita ni tambah dengan unsur unsur tak masuk akal. Aku suka bab grafik dorang yang memang power. 

Rating Aku : 5/10
Rating IMDB : 5.3/10

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90