#RESIPI : Kek Kukus Masam Manis

December 17, 2016


Bahan:

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus Sediakan loyang berukuran 8 inc Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek Panaskan kukusan dengan api yang besar.

Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata
3. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
5. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang.
6. Balut penutup kukus dengan kain utk mengelak aor menitis atas kek.
7. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna.
8. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
*Kurangkan gula 2 sudu besar dan gantikan dgn susu pekat 2 sudu besar utk bagi dia moist.
*Kek ni lagi sedap kalau dibiar semalaman. Esok baru makan. Lagi moist rasanya.*


Selamat Mencuba!

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM