#RESIPI : Daging Masak Hitam Sarawak

December 24, 2016


BAHAN-BAHAN:
1kg daging | dipotong kecil
100gm gula merah atau gerek
150gm kismis hitam
30gm kerisik
Kicap pekat secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:
15 tangkai cili kering
3 batang serai
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5cm lengkuas

BAHAN TUMIS:
100gm rempah kurma
3 biji bawang merah | dihiris
2 biji buah keras | diketuk
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

CARA MEMASAK:

1. Perap daging bersama kicap pekat dan gula merah selama 30 minit.
2. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan pula bahan kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
4. Seterusnya masukkan daging perap tadi dan masak sehingga daging empuk.
5. Akhir sekali, masukkan kismis dan kerisik. Gaul rata dan perasakan secukupnya. Masak sehingga kuah pekat.
6. Sedia dihidangkan.

Sumber : Resipi Sedap

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM