#RESIPI : Ayam Goreng Daun Kari

January 14, 2017


BAHAN-BAHANNYA

1/2 ekor ayam, potong pada saiz sederhana
1 camca besar serbuk kunyit (mat guna serbuk kunyit ADABI)
Garam secukup rasa
1 ulas bawang putih tumbuk halus
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1 tangkai daun kari, dilurut
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang serai, dititik

CARA MEMBUATNYA

1. Ayam dibersihkan, buang kulitnya, cucuk dengan garfu. Kemudian gaul dengan serbuk kunyit, bawang putih tumbuk halus dan garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh). Perap dalam peti sejuk 1 jam (atau nak cepat tak payah perap, kalau perap lagi sedap).
2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, goreng ayam tadi, guna api sederhana, tutup kuali dan biar ayam masak perlahan, jangan goreng garing sangat, biar dia lembap2. Angkat dan toskan.
3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak, tumis daun kari, bawang putih dan serai titik hingga harum, masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Goreng hingga layu. Masukkan ayam tadi, gaul rata dan matikan api. Boleh hidangkan

Sumber : Resipi Paling Sedap

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM