Tonton / Download Drama Suri Hati Mr Pilot

January 24, 2017


Drama adaptasi novel Suri Hati Mr. Pilot karya Dyla Dyna yang menampilkan gandingan Fattah Amin dan Neelofa sebagai teraju utama. Drama ini mendapat sentuhan pengarah Michael Ang diterbitkan oleh Cube Film Sdn Bhd.

PELAKON

Fattah Amin sebagai Ejaz Fakhri
Neelofa sebagai Warda Erina
Ben Amir sebagai Dr muslim
Azar Azmi sebagai Humaira
Nina Juren sebagai Puan Sri Nabiha
Aleza Shadan sebagai Datin Afifah
Alvin Chong sebagai Johan
Fahad Iman sebagai Rafeeq
Eleena Sui sebagai Inara
Eina Azman sebagai Dr Khairina
Adrianna Qasmia sebagai Qisha
Adriana Adnan sebagai Jannah
Azhar Amir sebagai Tan Sri Khalid Al-Fattah
Mas Khan sebagai Daniel

SINOPSIS SURI HATI MR PILOT

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM