#RESIPI : Ikan Siakap Tiga Rasa

January 28, 2017



Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap (boleh kukus atau goreng)
garam secukupnya
100 ml air (jika anda ingin kuah nak lebih boleh tambhakan air [jika ikan dikukus])
2 sb minyak

Bahan Cincang Halus:
2 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 cm halia muda
3 ulas bawang putih

Bahan Sos:
1 sk kicap manis
2 sb gula pasir
2 sb sos cili
2 sb cili kisar
1 sb sos tomato
2 sb sos plum (guna sos ikan)
1 sb jus limau nipis

Bahan-Bahan dihiris Halus:
2 helai daun limau purut
1/2 kuntum bunga kantan
4 - 5 biji cili padi

Cara Penyediaan :

1: Pertama. sediakan kukusan dan lumuri ikan dengan garam dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. sediakan pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. kemudian, taruh ikan pinggan tersebut.
2: siapkan kuali dan panaskan minyak. selepas itu tumis bahan-bahan cincang selama 1 minit. masukkan cili kisar dan goreng hingga cili agak masak sebelum dimasukan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. koco rata.
3: Selepas mendidih. masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.
4: Masak kuah hingga masak dan kelihatan sedikit pekat dan tuangkan diatas ikan yang telah digoreng atau dikukus.
5: Terakhir, sediakan dengan nasi putih panas-panas.

Sumber

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM