Tonton / Download Drama Sein Dan Luna

January 31, 2017


Drama arahan Pali Yahya itu menampilkan barisan pelakon baru dan kian meningkat naik seperti Mimi Lana, Syazuwan Hassan, Ika Nabella, Ariz Lufias dan ramai lagi. Drama bersiri ini ditayangkan di slot Lestary TV3.

PELAKON

Mimi Lana sebagai Luna / Siti Aminah
Syazuwan Hassan sebagai Sein (Hussein)
Ika Nabella sebagai Wardah
Ariz Lufias sebagai Aziz
Ungku Ismail Aziz sebagai Huzair
Rosnah Johari sebagai Suraya
Azri Iskandar sebagai Dato Kamal
Shiqin Kamal sebagai Siti Maziah
Meor Mohd sebagai Nazman
Abby Nour sebagai Celina
Atiq Lokman sebagai Nominasi
Kay Maria sebagai Azizah
Nu'man Salleh sebagai Pak Murab
Remy sebagai Wahab
Putri Qaseh sebagai Masura

SINOPSIS SEIN DAN LUNA

Mengisahkan Sein dan Luna berkawan baik sejak zaman kolej. Dalam diam, mereka menyintai antara satu sama lain tetapi tidak berani untuk mengaku perasaan mereka. Sehingga satu hari, Sein memberitahu Luna bahawa dia akan berkahwin dengan Wardah. Luna kecewa dan mengambil keputusan untuk belajar di luar negara.

Cerita bermula dengan kemunculan Sein yang sombong dan tidak bergaul membuatkan pelajar lain termasuklah Luna bengang. Luna selalu mengganggu dan menguji kesabaran Sein. Sein menjadi tidak keruan apabila mendapati kekasihnya di bandar berselingkuh. Pelajaran Seyn merosot. Oleh sebab itu, dia menjadi pemarah. Sein hampir dipukul oleh pelajar senior membuatkan dia melarikan diri dan berteduh di rumah Suraya

Suraya merupakan ibu kepada Luna yang bekerja sebagai penjual kuih di pasar borong. Sein menjadi rapat dengan Suraya kerana dia tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu sedari kecil. Suraya menganggap Suraya seperti anak angkat membuatkan Luna bengang. Luna banyak menceritakan perihal Sein kepada Aziz, teman sekampungnya. Sikap Luna yang suka mengganggu pelajar membuatkan Sein campur tangan.

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM