Tonton / Download Drama Lara Cinta Ameena


Drama arahan Shuhaimi Lua berjudul Lara Cinta Ameena. Menggandingkan Tiz Zaqyah bersama Raja Afiq. Turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Fazlina Ahmad Daud, Lia Natalia, Fazren Rafi dan ramai lagi. Mempunyai 15 episod dan merupakan terbitan Tanah Beris Film Production.

PELAKON :

Raja Afiq sebagai Radhuan
Tiz Zaqyah sebagai Ameena
Zarina Zainoordin sebagai Ezzaty
Fazlina Ahmad Daud sebagai Kirana
Lia Natalia sebagai Rosita
Fazren Rafi sebagai Syamil
Danish Hazriq sebagai Jeffrey
Wilma Muhammad sebagai Atikah

SINOPSIS :
Mengisahkan Ameena seorang anak yatim piatu manakala Radhuan pula anak hartawan. Cinta mereka bersatu seketika namun terpisah oleh fitnah yang ditabur oleh Puan Kirana, ummi Radhuan. Ameera diceraikan lalu dia membawa diri ke Sabah. Hidup Radhuan kosong tanpa Ameena. Hati Radhuan terpenjara dalam perkahwinan yang tidak bahagia dengan Ezaty. Di Sabah Ameena melahir dan membesarkan Jeffrey sendirian. Ameena terpaksa kembali ke Kuala Lumpur kerana Jeffrey sakit tenat. Pertemuan tak terduga dengan Ameena membuatkan Radhuan memburu cinta Ameena kembali. Ameena terpaksa mengelak kerana diperas ugut oleh bekas mertuanya. Hancur hati Radhuan yang selama ini menginginkan seorang anak, apabila mengetahui bahawa Ameena menyembunyikan anak mereka selama ini. Kebencian Radhuan membara terhadap Ameena apabila anaknya mati dipangkuannya tak sampai sejam mereka berjumpa. Ameena pergi membawa hati yang lara.

You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90