3 Cara Berkesan Untuk Berjimat



Tidak tahu bagaimana mahu mulakan cara hidup yang lebih jimat? Korang boleh cuba tiga cara ini dahulu dan lihat apa kesan selepas melakukan tiga cara ini.

1. Buat senarai barangan


Cuba korang senaraikan barangan yang perlu dibeli sebelum ke kedai atau pasaraya bagi memudahkan proses pembelian korang. Dengan senarai barangan ini, korang boleh membeli dengan pantas, jimat dan tak akan membeli barangan bukan keperluan dengan sesuka hati. 

2. Buat perbandingan harga


Pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kepada peniaga yang menaikkan harga barangan. Peniaga yang tidak jujur selalunya menaikkan harga untuk mengaut keuntungan yang lebih tinggi. Bukan itu sahaja, kualiti barangan yang ingin dibeli juga perlu di ambil berat jangan semata-mata kerana harganya yang murah.

3. Check label & tarikh luput


Periksa label dan tarikh luput, barangan seperti susu dan roti mempunyai tarikh luput yang pendek jadi korang mestilah periksa tarikh luput barangan supaya jangka hayat simpanan tidak terlalu pendek. Biasanya peniaga sentiasa campur roti atau susu tanpa membezakan tarikh luput, jadi berhati-hati. Dengan ini, korang dapat berjimat dan menggunakan barangan tersebut dengan lebih lama. Jangan lupa periksa label yang dipamerkan pada barangan yang korang beli, pastikan fizikalnya elok dan kuantiti sama seperti dilabel.

Jadi bagaimana? Jom kongsikan tips berjimat dengan saya :)

You Might Also Like

3 comment

Terima kasih :)

728 x 90