Tonton / Download Drama Lara Aishah


Drama bersiri Lara Aishah yang akan menampilkan lakonan Nazim Othman dan Fasha Sandha sebagai pelakon utama. Turut membintangi drama tersebut ialah Dayana Roza, Shahrizal Jaszle, Afzan A.Rahman, Maria Farida, Eizlan Yusof, Ainul Aishah dan ramai lagi. Drama bersiri 100 episod itu diarahkan oleh saudara Riza Baharudin.

PELAKON
Nazim Othman sebagai Iskandar
Fasha Sandha sebagai Aishah
Jasmin Hamid sebagai Zurin
Dayana Roza sebagai Wani
Shahrizal Jaszle sebagai Zack 
Maria Farida sebagai Datin Dahlia
Eizlan Yusof sebagai Datuk Nazri
Ainul Aishah sebagai Aimi Farhana 

SINOPSIS LARA AISHAH
Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.
Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup , lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut.

Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dyang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan.


You Might Also Like

2 comment

  1. Sinopsis to pendek sangay.
    sambung lah.

    ReplyDelete
  2. Best cite ni tp mlgnya tak sempat nk tgk di tv. Kne download --'

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90