Apakah 10 Rutin Pagi Yang Dilakukan Oleh Seorang Jutawan Akhirat?
- October 23, 2016
- By alyachan
- 1 Comments
Jika kita ingin lihat samada kita bakal menjadi seseorang yang berjaya dalam jangkamasa panjang, cuba perhatikan adakah kita mempunyai rutin pagi yang bagus, sihat dan produktif.
Salah satu perkara yang mengesahkan rutin pagi saya merupakan rutin kebanyakan mereka yang berjaya terutamanya adalah jutawan ialah ketika saya bertemu Robin Sharma, penulis buku laku keras "The Monk Who Sold The Ferrari" serta billionaire pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson di satu forum di Toronto baru-baru ini.
Di dalam forum tersebut yang saya hadir bersama 140 orang yang berjaya di dalam pelbagai industri mereka dari 45 buah negara dalam dunia di kalangan kami merupakan multi-millionaire, billlionare dan philantrophist serta business leader.
Di antara perkara yang kami bincangkan atau kenalpasti adalah tentang apakah yang dilakukan oleh mereka yang berjaya setiap hari? Apakah perkara utama yang mempengaruhi kehidupan kami serta menjadi kunci penting untuk kejayaan kami dalam tempoh jangkamasa panjang.
Dan di sini saya kongsikan salah satu perkara utama yang menjadi asas utama kejayaan mereka yang berjaya adalah rutin atau ritual mereka setiap pagi dan suka saya berkongsi dari segi perspektif rutin seorang jutawan akhirat (Dan mudah-mudahan dunia akhirat) :-
1/ Bangun awal pagi seawal 4pagi dan paling lambat 5pagi (Sebab itu penting untuk tidur awal 9 malam selewat-lewatnya 10 malam)
2/ Mandi kerana ia menyihatkan tubuh (Ini juga sunnah Nabi saw)
3/ Solat taubat, tahajud, hajat dan istikharah (Ini rutin setiap awal pagi)/ Solat tasbih 4 rakaat (Perlu bangun awal lakukan ini, sekurang-kurangnya 4 pagi)/ Solat Witir (Dan ini perlu selesai 10-15 minit sebelum azan suboh)
4/ Baca beberapa surah atau juz' Al-Quran atau amalan wirid-wirid yang baik sementara menunggu suboh
5/ Berjemaah di masjid atau berjemaah bersama keluarga
6/ Pastikan solat fajr 2 rakaat sebelum qamat untuk solat fardu suboh, ia adalah 2 rakaat solat sunat yang lebih berat timbangan amalannya dari dunia dan isinya (hadis)
7/ Selepas solat membaca Al-Quran atau wirid-wirid tertentu sementara menunggu matahari naik untuk solat sunat Isyra' bila matahari naik
8/ Minum pagi/ sarapan
9/ Exercise untuk 30-60 minit (Mendengar bahan audio yang bagus ketika exercise)
10/ Solat dhuha (Selepas exercise dan mandi)
Sekiranya anda belum mampu lakukan semua di atas, anda boleh lakukan mana yang anda mampu sebagai permulaan. Rutin jutawan bukan muslim tidak banyak beza kecuali bab amalan kita sebagai orang Islam. Biasanya mereka akan lakukan meditasi seperti yoga atau taichi seawal 5 pagi dan exercise, membaca bahan bacaan ilmiah dan menulis perancangan hari mereka.
Saya mencadangkan anda menulis perancangan hari anda pada waktu malam sebelum anda berehat.
Ini hanya guideline untuk anda dan saya telah memulakannya sejak tahun 2001 lagi cuma di perkemaskan over the years dan di sesuaikan dengan tugas harian seperti ketika travel atau mesyuarat awal pagi.
Hidup kita yang best bermula dari awal pagi, ambil sarapan yang sihat dan makanan seperti raja di pagi hari.
*Ingat :-
1/ jika anda mahu membina hidup yang berkualiti, anda boleh mulakan sebahagian dari rutin di atas atau mengikut kesesuaian anda. Jika tidak mampu buat semua, jangan tinggalkan semua. Dan cuba lakukannya dengan baik terutamanya ketika hari cuti.
2/ jika anda bekerja, adjust rutin ini.
3/ kejayaan bermula dari rutin, habit atau disiplin over the years dan kejayaan tidak datang secara insiden.
Jika baik amalkan, jika tidak abaikan.
Aku suka dengan nasihat dari pelbagai segi di facebook dia, memang berguna. You guys should read it.
Sumber : Facebook Azizan Osman
1 comment
Allahh, berat sungguh nk buat --'
ReplyDeleteTerima kasih :)