#RESIPI : Sup Tulang



Bahan-bahan:

500g tulang lembu
1 sup bunjut Adabi
2 kiub ayam - tak kisah mana-mana (Adabi ke Maggi)
2 1/2 liter air
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
Minyak untuk menumis
Daun sup / daun bawang
Bawang goreng
Cili padi - kalau nak pedas :)
Limau nipis- kalau suka masam-masam sikit..
2 biji ubi kentang
1/2 batang lobak merah

Cara-cara:

1. Mula-mula cucilah tulang-temulang.
2. Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalau sesiapa ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning. Kalau hangus sikit tu takpe
6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah. Kalau tak nak letak pun takpe
8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.
9. Masukkan pula sedikit gula. Pastu bolehlah rasa. Kalau tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perahlah sedikit limau nipis.

Sumber : My resipi

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90