#MOVIEREVIEW : Me Before You (2016)


Me Before You adalah filem gabungan Amerika-British yang bergenre romantis diarahkan oleh Thea Sharrock dan diadaptasi dari novel Jojo Moyes. Filem ini mengandingkan pelakon Emilia Clarke, Sam Claflin, Jenna Coleman, Charles Dance, Matthew Lewis, Ben Lloyd-Hughes and Janet McTeer.

Pelakon :
Sam Claflin sebagai Will Traynor
Emilia Clarke sebagai Lou Clark
Vanessa Kirby sebagai Alicia
Eileen Dunwoodie sebagai Café Customer
Pablo Raybould sebagai Frank
Gabrielle Downey sebagai Daphne
Henri Charles sebagai Thomas Clark (as Henri Kirkham)
Samantha Spiro sebagai Josie Clarke
Brendan Coyle sebagai Bernard Clark
Jenna Coleman sebagai Katrina "Treena" Clark
Alan Breck sebagai Grandad
Matthew Lewis sebagai Patrick
Muzz Khan sebagai Syed
Janet McTeer sebagai Camilla Traynor
Charles Dance sebagai Stephen Traynor
Stephen Peacocke sebagai Nathan

Sinopsis :
Louisa Clark perlu mencari pekerjaan baru selepas diberhentikan dari kafe. Dia mendapat kerja sebagai pengasuh untuk Will Traynor, bekas pegawai bank yang telah lumpuh akibat kemalangan motosikal dua tahun sebelumnya. Pada mulanya, Will agak dingin terhadap Lou, tetapi mereka tidak lama kemudian menjadi kawan dan mempunyai perasaan antara satu sama lain, walaupun Louisa mempunyai teman lelaki bernama Patrick.

Louisa mendapat tahu bahawa Will telah memberikan masa kepada ibu bapanya selama enam bulan sebelum mereka perlu membawanya ke Switzerland untuk euthanasia. Ini disebabkan Will tidak lagi tahan dengan kesakitan dan penderitaan kecacatannya. Louisa merahsiakan misi beliau untuk menukar fikiran Will. Walau bagaimanapun, pada perjalanan terakhir mereka ke Mauritius dengan jururawat Will iaitu Nathan, Will mengatakan kepada Lou bahawa dia tetap akan melakukan euthanasia dan meminta beliau untuk menemaninya.
Inilah Lou, aku suka accent dia

Ini pula Will, dia saja kacau Lou, nak tengok reaksi Lou kalau dia cacat macam tu

Yang laki ni best friend Will dan yang perempuan ni girlfriend Will

Will dah mula berbaik dengan Lou

Yang laki muka terkejut ni Patrick, boyfriend Lou, dia terkejut sebab Will makan kena suap oleh Lou, in short Jealous.

Lou memang suka gila dengan tight

Ex girlfriend Will kahwin dengan best friend Will

Lastly, masa parent Will tahu yang misi Lou gagal

Ok la cerita ni sebab aku macam tak paham yang part euthanasia pada awal awal tengok cerita ni, kena google baru tahu apa maksud sebenar dia. Pastu baru paham kenapa dorang nak pergi Switzerland tu. Tapi aku juga tak berapa suka ending dia sebab aku rasa Will perlu teruskan hidup dia. Nvm, filem tetap filem kan.

Rating aku : 7/10
Rating imdb : 7.5/10

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90