Tonton / Download Drama Si Kolot Suamiku


Drama komedi romantik karya Fazlyn Ridz arahan sutradara Eyra Rahman mengandingkan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai teraju utama. Drama ini mempunyai 16 episod yang bermula pada 15 Ogos 2016.

PELAKON :
Amar Baharin sebagai Kudin / Emran
Siti Elizad Sharifuddin sebagai Tengku Edrina
Atikah Suhaime sebagai Lisa
Waris sebagai Mokhtar
Vicha Saywho sebagai Nabila
Faizal Hussein sebagai Tengku Ehsan
Kuza sebagai Toh Puan Aishah
Sheila Mambo sebagai Kunah
Kismah Johar sebagai Tunku Zainab
Kazar sebagai Wak Sukiman
Zila Bakarin sebagai Puan Sri Suria
Roy Azman sebagai Tan Sri Ghafur
Lisdawati sebagai Normah

SINOPSIS :
Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.


Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?


You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90