#MOVIEREVIEW : Inside Out

Assalamualaikum





Hari ni nak review filem "Inside Out" yang merupakan filem pengembaraan 3D yang menggabungkan komedi dan animasi komputer yang dikeluarkan oleh Walt Disney Pictures. Inside Out adalah filem bergenre adventure, komedi dan fantasi yang dihasilkan oleh Pixar Animation Studios. Filem diarahkan oleh Pete Docter dan Ronnie Del Carmen. Tayangan perdana Inside Out ialah pada 16 Oktober 2015.

Filem ini menampilkan pelakon suara seperti :

Amy Poehler as Joy
Phyllis Smith as Sadnes
Bill Hader as Fear
Lewis Black as Anger
Mindy Kaling as Disgust
Kaitlyn Dias as Riley Andersen
Richard Kind as Bing Bong
Diane Lane as Riley's Mother
Kyle MacLachlan as Riley's Father

Sinopsis :

Seorang gadis bernama Riley dilahirkan di Minnesota dan dalam dia fikiran terdapat lima personaliti emosi - Kegembiraan, Kesedihan, Ketakutan, Jijik , dan Kemarahan - beransur-ansur datang dalam hidupnya. Apabila Riley membesar, emosi-emosinya mempengaruhi tindakan-tindakannya melalui satu kawalan dalam Headquarters fikirannya. Kenangannya disimpan dalam bebola berwarna, yang dihantar ke dalam ingatan jangka panjang setiap malam melalui satu tiub penghisap. Yang paling penting, "ingatan teras" ditempatkan dalam sebuah pusat dan dibahagikan kepada lima buah kategori pulau, setiap pulau memantul satu hala lain personalitinya. Tujuan Joy adalah untuk menyimpan kegembiraan Riley, Fear melindungi dia dari bahaya, Disgust mengawal kesihatan dan taraf sosial dia , dan Anger memastikan bahawa dia diberi layanan adil. Akan tetapi, .sejak tiada siapa memahami tujuan Sadness (walaupun Sadness dirinya), Joy cuba untuk memandu dia jauh dari konsol.





Aku cam paranoid lepas tengok cerita ni, hahahaha. Bajet ada banyak personaliti dalam diri tapi lima personaliti tu memang semua orang ada dalam diri masing masing. Tapi cerita ni memang best sebab dalam hidup ni tak semestinya gembira sahaja, sedih pon kadang-kadang kena ada juga. Betul tak? Marah kenalah bertempat. Dalam cerita ni watak Bing Bong paling aku suka sebab aku rasa zaman dulu kalau dok main sorang-sorang, ade je watak 'hidup' untuk main sekali, so, it reminds me of my childhood.

ni name die Joy walaupun muka seposen cenggini

ade sebab si Riley ni sedih cenggini, nanti tengok ye movie ni

Ni name dia bing bong. die la imaginasi Riley zaman kecik dulu

bubidibabidibu ape bende tah


Rating aku: 8.5/10
Rating imdb : 8.3/10 dari 266778 penonton


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90