Assalamualaikum,
Hai. Walaupun tiga hari tinggalkan blog tanpa sebarang update, aku nak ucap terima kasih sangat kepada rakan-rakan blogger yang datang memeriahkan blog tak seberapa ni. Terima kasih sebab mengunjung untuk komen, blogwalking dan dapatkan informasi. Seriously tak sempat nak update langsung blog dan blogwalking blog orang lain.
Firstly, IELTS. Aku baru sahaja lepas ambil IELTS dekat Kuala Lumpur jadi untuk IELTS aku buat persediaan yang paling memenatkan dalam hidup aku. Sebabnya english aku memang tak berapa nak umpphhh sangat kalau english cukup-cukup makan tu boleh la. Lepas tu pula, banyak kejadian yang terjadi semasa aku nak ambil IELTS maksud aku macam macam jenis orang. Dan aku macam menyesal tak sudah dengan apa yang terjadi tu. hahaha. Aku harap aku move on. Otak cakap move on tapi hati cakap lain.
Secondly, aku balik kampung selepas habis sahaja exam IELTS sebab tok aku meninggal (Al-Fatihah). Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Duduk dekat kampung pula tak sempat langsung nak tengok laptop ke apa sebab sibuk dengan buat makan untuk orang datang. Internet guna mobile data sahaja tapi rasa tak tenteram kalau nak menulis time-time macam tu.
Finally, esok kawan sekolah aku kahwin, kena prepare baju untuk esok sebabnya esok aku jadi bridesmaid. Bukan aku nak buat kerja last minit tapi satu kerja pula aku nak cari dokoh patch dekat Kuala Lumpur sebab dekat kelantan aku cari tak jumpa atau aku tak cari betul-betul. Aku jenis tak beli online barang yang kecil-kecil macam dokoh patch tu sebab nak dalam 10 - 15 gitu je, tak padan dengan kos postage. Kebetulan aku memang nak ke Kuala Lumpur, so beli dekat sana lagi bagus dari online.
InshaAllah, lepas ni aku pergi blogwalking dan komen dekat entry korang okay.
0 comment
Terima kasih :)