Assalamualaikum
Disebabkan hari ini dikuasai dengan semangat memasak, jadi aku nak kongsi lagi resipi yang mudah sesuai untuk pelbagai umur iaitu Pizza Roti. Biasanya masa sarapan pagi aku buat ni sebab mudah sangat kalau tak nak makan nasi waktu pagi (btw, dekat kelantan orang suka makan nasi waktu pagi). Jadi jom kita teruskan masakan kita :
Bahan - bahan :
2@3 batang sosej (tak kisah ayam atau daging)
2@3 batang crabstick
Sos Chili Maggi (tak kisah jenama apa)
3 buku roti
Mozzarella cheese
Chesdale cheese (optional)
Cara - Caranya :
1. Potong sosej mengikut saiz yang disukai.
2. Potong crabstick mengikut saiz yang disukai juga
4. Sapukan sos cili ke atas roti
5. Letak semua bahan seperti sosej, crab stick dan cheese di atas roti.
6. Masukkan ke dalam oven selama 10 minit dengan api perlahan
Disebabkan aku suka cheese, so aku letak chesdale cheese dekat bahagian atas dia. Memang best dan rangup! Selamat mencuba ya ^^
2 comment
Waaa tersangat mudah :D Nanti nak try lah :)
ReplyDeleteselamat mencuba ya ^^
DeleteTerima kasih :)