3 Jenis Kawan

Assalamualaikum.




Nak kongsi sedikit tentang kawan, generally la. Kawan ni manusia juga macam korang, bukan semua perangai dia kita nak hadam sama la juga dengan dia, bukan semua perangai kita dia nak hadam kan. Tapi biasa la orang suka jadi judgemental, padahal sesetengah orang tu dia tak kisah sangat pon kau ada ke tidak dalam hidup dia.

Pengalaman aku berkawan ni macam macam juga la, contoh macam letak dalam satu group yang langsung aku tak kenal, borak borak kejap, boleh jadi kawan. Aku tak gemar sangat nak label dia ni bestfriend, closefriend ke apa, tapi apa yang aku boleh kata kawan tu seorang yang aku boleh percaya dan jujur.

Jadi nak senang kasi korang pilih kawan, aku kongsi tips dari Imam Al-Ghazali tentang kawan.


TIGA JENIS KAWAN KATA IMAM AL-GHAZALI
  1. Kawan yang pertama 
    • Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita.
    • Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
  2. Kawan kedua 
    • Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia.
    • Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.
  3. Kawan yang ketiga 
    • Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan. Dia rejek ilmu dan nasihat yang kita bagi.
    • Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran


Banyak jenis kawan yang aku pernah jumpa, jenis yang baik, jenis yang gila gila, jenis yang makan belakang, jenis macam aku, jenis anak orang kaya, jenis tak biasa duduk rumah, jenis liar, jenis macam macam spesis dalam dunia ni. Perkara paling penting dalam berkawan ni, kau kena jaga hati dia.

You Might Also Like

2 comment

  1. bukan senang nak cari kawan yang baik..huhu
    owh ye, saya tag awak yee..jangan marah tauu ;)

    http://hiphiphorray15.blogspot.my/2016/02/sesi-mengenali-ahli-blogger.html

    ReplyDelete
  2. Hmm..betula la tu. Bukan senang nak dapat kawan susah senang.

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90