Assalamualaikum.
Bagi peminat tegar Apple Inc pastinya tertunggu-tunggu gadget keluaran terbaru daripada Apple. Terdapat pelbagai ura-ura yang iPhone 7 bakal dikeluarkan mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan iPhone 6. Keistimewaan iPhone 7 juga dikatakan tidak mempunyai bonjolan kamera dan mempunyai lensa berkembar.
![]()
Terbaru, pada 15 Mac 2016, Apple Inc akan memperkenalkan model iPhone dan iPad generasi terbaru iaitu iPhone 5se dan juga iPad Air 3. Reka bentuk iPhone 5se ini banyak mengekalkan ciri-ciri reka bentuk 5s dari pelbagai jenis sudut dan menjadi telefon pintar terbaru daripada Apple bersaiz 4-inci.
- Bahagian tepi yang berkilat digantikan dengan kaca melengkung seperti iPhone 6 dan 6s
- 8 megapixel kamera belakang dan 1.2 megapixel sistem camera depan dari iPhone 6
- memiliki panorama jauh lebih besar dan autofocus untuk rakaman video
- A8 dan M8 cip dari iPhone 6
- Didapati dalam warna Silver, Space gray, Gold dan Rose gold sama seperti iPhone 6

Yeah. Rumour has it.






1 comment
saya tak pernah guna iPhone..iPad je ade.
ReplyDeleteTerima kasih :)