Assalamualaikum.
Annyeong gais! Korang pernah dengar ke tentang virus zika sebelum ni? Aku pun first time juga dengar tentang virus ni dan takut juga bila dapat tahu akibat daripada serangan virus zika ni. Oleh yang demikian, kementerian mengambil berat penularan virus Zika memandangkan risiko jangkitan itu merebak ke Malaysia adalah tinggi kerana mempunyai nyamuk pembawa jangkitan iaitu nyamuk Aedes.
FAKTA 1 :
Virus Zika disebarkan melalui gigitan nyamuk ( AEDES - pembawa )
FAKTA 2 :
Wabak bermula dari Brazil dan telah merebak ke 20 negara-negara di benua Amerika
FAKTA 3 :
Tiada vaksin dan rawatan
FAKTA 4 :
Gejala boleh termasuk demam ringan, ruam kulit, sakit sendi, konjunktivitis, biasanya tahan 2-7 hari
FAKTA 5 :
Wanita hamil paling berisiko kerana virus ini boleh menyebabkan kecacatan otak pada bayi dalam kandungan
FAKTA 6 :
Cegah dari nyamuk dengan menggunakan penghalau /nyamuk/serangga dan menutup kulit dengan lengan panjang atau memakai pakaian lengan panjang.
Gambar menunjukkan bayi normal dan bayi yang diserang virus zika
Masha Allah, semoga Allah memberi perlindungan kepada kita. Amin. Dan semoga bermanfaat kepada semua dalam mencegah virus ini okey! Ok la, nak pergi spray rumah dulu. BYE!
2 comment
takut, semoga dijauhkan :(
ReplyDeleteaminnn.. semoga kita dilindungi olehNya.. :)
DeleteTerima kasih :)