#BOOKREVIEW : Tarbiah Sentap

Assalamualaikum.


Hari ni nak review pasal buku pula sebab aku rasa berguna juga aku kongsi dengan korang kot korang nak beli buku ni ke kan. Buku tarbiah sentap ni pada suatu masa dahulu ( i dont remember exactly the tarikh was ) memang betul betul kebaboom la, sampai aku pun curious ape yang hebat sangat pasal buku ni? 





Masa tu aku masih bersekolah dekat universiti, so, disebabkan curiosity aku sangat mendalam terhadap buku ni, aku keluar sorang-sorang waktu malam untuk pergi beli buku dekat MPH. Yeah, nasib baik duit aku agak masyuk masa tu (tahula student macammana). Lepas dah beli tu aku pun baca la, yang aku nak highlightkan kat sini, memang isi kandungan dengan tajuk sebijik. Maksud aku, kalau korang baca korang akan sentap, sentap habis bukan biasa-biasa. Lagi-lagi pendosa macam aku ni.

Kalau korang kurang pencerahan tentang ikhtilat, baik la korang beli buku ni, ada banyak informasi dan maanfaatnye.

=========================================================================


Untuk siapakah buku TARBIAH SENTAP ini?

1. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah buat dosa. Mungkin dia lupa, yang maksum hanya Rasulullah. 

2. Untuk orang yang merasakan dirinya tak pernah bertaubat. Mungkin dia lupa Rasulullah pun setiap hari bertaubat tak kurang dari 100 kali sehari. 

3. Untuk orang yang merasakan umur dia masih muda. Mungkin dia lupa, ajal boleh datang bila-bila. 

4. Untuk orang yang terlalu over confident bahawa taubatnya pasti diterima. Mungkin dia lupa, angan-angan dan terlalu over confident adalah seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang amat yakin bahawa mereka akan masuk syurga.

5. Untuk orang yang hanya berpada dengan ilmu yang sedikit tentang taubat, sedangkan, taubat itu memppunyai rukun, syarat, halangan dan pendorong yang perlu kita semua tahu. 

6. Untuk orang yang merasakan taubat adalah perkara remeh. Sedangkan, taubat adalah fardhu ain ke atas setiap makhluk yang bernama manusia...

7. Untuk mereka-mereka yang nak BEBAS dari maksiat dan dosa, namun dia masih kabur tentang hakikat dosa, apakah cara untuk meninggalkannya. 

8. Untuk mereka-mereka yang mahu libatkan diri dalam dakwah tarbiah, namun, dia tak nampak, apakah jalan yang sebenar dalam melalui dakwah dan tarbiah ini. 

9. Untuk mereka-mereka yang dambakan kebahagiaan dan ketenangan yang baru merangkak ingin menuju hidayah, dan perlukan bimbingan secara terperinci. 

Dan...

10. Untuk diriku sendiri, yang masih banyak cakap tak serupa bikin.

=========================================================================
 
Kalau susah nak keluar pergi beli macam aku, jangan risau, boleh beli secara online. HARGA SAMA sahaja dengan beli dekat kedai.

Tekan sahaja link dekat bawah ni untuk membeli secara online
BUKU TARBIAH SENTAP
Nanti korang tunggu buku korang sampai depan pintu

You Might Also Like

3 comment

  1. Saya suka buku2 macam tarbiah sentap, maaf cakap, n buku kluaran dubook.. orang kita ni kadang2 kalau nasihat lembut2 tak makan sangat. Kena setepek atas dahi baru akai. Huu

    ReplyDelete
  2. Sangat menarik ni...terima kasih kongsi..

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90