5 THINGS I HATE MOST

February 29, 2016


=======================================================================================================

RULES: 

Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.

=======================================================================================================

Thanks Umie sebab sudi tag untuk join 5 Things I Hate Most. Memang teringin nak bercerita tentang benda yang aku benci ni. Hidup penuh kebencian dan kegelapan. LOL.


Ok. Jom kita cuba selami apa yang aku benci ini, masuk akal ke tidak. Haha. Selamat terjerumus dalam dunia kebencian aku.

1. ULAT - Yeahhhh! Paling benci, terbenci dan membenci dalam dunia. Masha Allah, mata aku memang tajam bab-bab ulat ni. Setiap kali nampak ulat, macam kena histeria pon ada, terkinja-kinja macam joget lambak pon ada. Kalau mak aku suruh suruh potong sayur (betul ke potong sayur?LOL), memang aku TAKKK sentuh pun, sebab banyak sangat kenangan buruk dengan sayur sebab ulat. Family aku selalu cakap "Orang makan kot ulat sayur!" and i was like "whattttt -.-". Btw, aku belajar pertanian, and my family always cakap "Macam mane ko belajar ni, tapi takut ulat". Aku cakap "Kitorang pakai sarung tangan ok, but geli tu memang geli". Ok. Panjang kalau nak cerita pasal ulat ni, sebab aku seronok nak cerita ketakutan aku terhadap ulat. HAHAHA


2. BLUETICK - Ok, aku tak tahu siapa yang invent bluetick, i really want to whack his/her butt! Tahu tak betapa aku tak suka masalah bluetick ni. Aku memang kurang spend time dengan phone tak kisah la phone tu public phone ke smartphone ke. Biasanya main game je la phone ni. hahaha. Dalam phone ada la dekat 10 group whatsapp, kadang-kadang dekat 3000 whatsapp, so aku mampu bluetick je. Sorry guys.


3. MENUNGGU - Yup, paling anti dengan menunggu, lagi-lagi dengan yang berjanji. Contoh : Sesiapa "Kita pergi pukul 5 petang ni, naik kereta kau ek", aku "OK".  Pukul 5.30 *krikkrikkrik*, ohohoho, ni dah melampau ni, enjin kereta aku dah sama panas dengan hati aku. Tapi aku cuma bersabar je la dengan orang macam ini, mungkin dia berak tak lawas ke masa pukul 5  tu (perlu la berak time nak pergi?). Satu lagi jenis yang 5 minit nak pukul 5 baru nak bersiap, tapi jenis yang slow motion nak pakai bedak, mascara, bb cream, lipstick, lipgloss bagai. Whatttttttttt


4. DOWNLOAD FAILED - Tahu tak perasaan bila korang download something dan hampir habis dah nak download (99.98% to complete) lepas tu error or failed. Rasa macam nak lempar/tampar/terajang laptop pun ada. Nasib baik la sayang dekat laptop, kalau tak, hancus. Tabah je la download sekali lagi nasib baik wifi laju.


5. DIPERGUNAKAN -  Ok, Maksud aku disini macam kau ada 4 orang kawan, spend masa bersama-sama bila kau pergi shopping pergi sana sini sinun sinon bagai kan. Tapi suatu masa, yang empat orang ni pergi berjimba, berseronok tanpa kau (kau pula nampak mereka pergi sana sini sinun sinon) dan kau pula dok termenung sorang-sorang habiskan masa bosan sendiri. Aku memang anti jenis macam ni, buat muka poker face je la. Malas aku nak layan manusia macam ni. Aku selalu ingatkan diri, kalau kita kena macam ni, esok-esok mereka pula. Chill beb chill.


haahahaha.. semua yang diatas tiada kaitan antara yang mati/hidup atau yang tengah membaca. live must go on, chill in whatever you do ok. saranghae!


RANDOM TAG (Jangan Kecam Saya)
1. http://theathra.blogspot.my/
2. http://kasihkuamani.blogspot.com/
3. http://toinksdude.blogspot.my/
4. http://lifeofsyura.blogspot.com/
5. http://aisyasakura.blogspot.my/

You Might Also Like

8 comment

  1. lima2 yang atas tu memang ughh benci jugak.

    thanks sebab tag. ada masa nanti sy buat :-)

    ReplyDelete
  2. HAHAHA banyak2 point tue, part menunggu tu yg sy x tahan. Sungguh penantian suatu penyeksaan haha

    ReplyDelete
  3. No 3 tu memang biasa berlaku.. hahaha
    kadang2 rasa nak sepak terajang pun ada.. lagi2 bila dah buat orang menunggu lama tapi dia boleh buat muka suci jee..

    ReplyDelete
  4. ye no 4 tu paling heart broken. thank you tag. nnti ain buat :)

    ReplyDelete
  5. dah buat ! http://theathra.blogspot.my/2016/03/5-things-i-hate-most.html.

    ReplyDelete
  6. Hohohoho....
    No 2. datang sini.. InsyaAllah cuba ye.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. Thanks adik. Nanti free akak cube buat ye.. hehe
    Anyway, akak pun paling mencik bluetick. OMG, stress bila time malas nak reply msg org.

    ReplyDelete
  8. kadang2 bila download dah 100% complete, pastu video rosak. tu pun stress jugak T__T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM