Assalamualaikum.
Annyeong! Semalam dah post entry tentang senarai kosmetik yang disahkan mempunyai bahan beracun, jadi hari ini nak beri sedikit tips untuk menyemak status pendaftaran kosmetik dan ubat yang korang gunakan okay?
1. Klik pada pautan SEMAK STATUS PENDAFTARAN PRODUK di laman facebook
Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan.
2. Seterusnya. klik pada button/bar SILA KLIK DISINI
- Korang akan dibawa ke laman web rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan
3. Dibahagian 'Quest-Produk Search'
- Pilih kriteria semakan Product Name
- Pilih :
- all registered product other than cosmetics untuk carian ubat
- cosmetic product only untuk carian kosmetik
- Masukkan nama ubat dan kosmetik (pastikan ejaan nama yang betul)
4. Seterusnya klik pada bar 'Check Status'
- Jika ada maklumat tentang kosmetik/ubat anda dipapar bersama nombor MAL atau nombor NOT bermakna ia berdaftar dengan KKM.
SELAMAT MENCUBA !
1 comment
awesome :)
ReplyDeleteTerima kasih :)