Assalamualaikum.
Annyeong guys! Wishlist aku agak freakin awesome jugak tapi buat ke tidak tu lain hal la, yang penting kena ada wishlist. Semua wishlist ni yang dunia je la, yang akhirat macam pergi makkah semua tu sejak kecil lagi dah tersemat hajatnya. Siapa la yang tak nak pergi tanah suci kan?
Aku agak ada jugak orang yang otak lebih kurang aku sebab benda ni macam tipikal tapi tak tipikal sangat. Sebenarnya tak kisah umur berapa, tapi mana tahu masa umur 40 an tu anak aku dah kena exam PT3, SPM, UPSR, IELTS bagai, kena spend time lebih dekat anak nak kasi semangat dekat dorang (eh, ajet ajet caring pulak).
Wishlist buat entah ke tidak :
1. Bungee jump, sky dive, water rafting, ziplining, atv's, zorbing, base jump.
- Aku selalu cakap dekat mak aku yang aku nak buat bungee jump, mak aku cakap 'dekat malaysia ada ke benda ni?'. Setakat aku google, dekat sunway lagoon ada. KL tower ada base jump, sky dive ada dekat johor/taiping. Aku kurang fobia dengan ketinggian dan benda mencabar.
2. Bawak parent ke makan malam yang mewah.
- Yang ni kalau mampu memang best setiap minggu aku bawak makan lobster, king crab, salmon, tuna, shark fin dan makan semua benda yang mewah tapi tidak termasuk tongkol emas. Bukan setakat seafood je la, landfood atau airfood pun aku bagi, cuma sekarang ni, bila nak masyuk?
3. Pergi safari di Afrika.
- Okey ni bajet-bajet boleh ambil gambar dengan rimau atau lion. Tapi cool jugak kalau dapat selfie dengan hyena. Mungkin banyak pengaruh National Geography, bapak aku suka channel NG.
4. Travel sorang-sorang.
- Tak ramai perempuan yang berani nak travel sorang-sorang atas alasan masing masing la kan, macam aku kisah pulak. Aku suka idea travel, backpacking dan sebagainya, mungkin aku overconfidence dengan ability diri sendiri. Kalau travel sorang sorang tak payah nak kisah dengan orang tu nak shopping sini, aku nak pergi sana. Well.
5. Volunteer.
- Aku juga suka idea volunteer tak kira di mana sahaja atau apa. Tolong orang dengan free dan harap orang juga bakal tolong kita. Satu hub untuk join aktiviti volunteer adalah 1M4U dengan apetah yang satu lagi yang ada interview bagai (serius, aku lupa T.T).
6. Glamping
- Yang pasal glamping ni pulak semua datang dari variety show korea. Aku tengok glamping dorang memang wow sangat. Tidur dalam khemah yang ada katil queen size, ada perabot dan macam macam lah. Dekat malaysia ada dekat bentong pahang, kalau tak silap caravan serai bentong.
7. Baca semua buku dari penulis yang disukai
- Aku suka baca buku tapi bukan buku macam ada periodic table, mitosis, law of whatever tu, tapi buku fiksyen. Aku baca semua genre supaya mind aku pun ada banyak genre. Mungkin nanti dalam rumah aku ada small library macam drama atau movies.
8. Belanja diri sendiri
- Belanja diri sendiri maksud aku beli semua benda yang aku perlu tanpa memikirkan kewangan. Selalu juga terngiang ngiang dalam otak aku "Beli barang keperluan bukan barang yang kita nak", siapa la cipta ayat tersebut. Memang nak beli barang, sepuluh kali fikir kot.
9. Ski dekat French Alps
- Haha, best agaknya main ski atas salji. Biasa dok main icescape dekat IOI Mall sahaja.
10. Belajar sesuatu yang baru.
- Tak kisah lah apa-apa pun, tapi yang penting dapat pengetahuan baru. Mungkin boleh belajar tentang ubat-ubatan ke, helikopter ke.
Okay dah penat. Baru beberapa ayat dah penat (sebenarnya ada cita-cita nak jadi penulis tapi terbantut sebab tak tahu nak guna ayat hipster macam mana). Kalau nak di ikutkan, beratus wishlist, tapi cukup la sepuluh yang ada dalam otak. Harapannya semoga tercapailah, at least bungee jump. HAHAHA
0 comment
Terima kasih :)