Tips : Cara Untuk Membasuh Blending Egg / Sponge / Beauty Blender
- February 25, 2016
- By alyachan
- 0 Comments
Assalamualaikum.
Annyeong gais! Hari ni nak ajar korang cara untuk basuh beauty blender ataupun sponge telur yang selalu aku buat dekat rumah. Guna barang barang yang ada dalam rumah sahaja.
1. Ambil semua span yang nak di basuh. *euww kotor*
2. Bahan yang diperlukan adalah Extra Virgin Olive Oil.
3. Tuang dalam pinggan leper (atau apa apa sahaja ye)
4. Lepas tu, korang ambil span dan tenyeh dekat olive oil tu.
5. Dah siap tenyeh, korang boleh guna baby shampoo ataupun
pencuci muka korang untuk basuh span.
6. Taraaaaa. Dah bersih.
Kalau nak senang lagi, korang gonyoh je dengan pencuci muka/baby shampoo terus. Senang. Tapi kalau pencuci muka pakai SK two bagai, tak payah la, guna baby shampoo (whatever sabun bayi) ataupun multicleaner dah. Ada juga tutorial yang guna baking soda, aku ada la jugak experiment tapi take time sikit. Dekat oversea dorang ada pencuci beauty blender, maknanya korang beli beauty blender dapat pencuci sekali. Malaysia mungkin ada tapi aku pakai apa yang ada sahaja, bukan Ringgit Malaysia 100 seketul beauty blender tu kan.
0 comment
Terima kasih :)