5 Adab Makan Di Korea

Assalamualaikum.

Annyeong! Aku rasa ramai dah tahu adab makan di korea / table manners in korea sebab setiap kali variety show ataupun drama, dorang ada selitkan sedikit tentang adab makan. Di korea, kebanyakkan mereka amalkan fahaman confucius yang mana fahaman ini berlandaskan keinginan untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia dalam setiap aktiviti yang dilakukan termasuklah dalam adab makan. Antara adab makan di korea adalah :

1. Orang yang lebih tua makan dahulu

  • Apabila makan bersama orang tua, tunggu mereka untuk memegang sudu mereka dan mula makan. Menghormati orang tua merupakan tradisi penting di Korea


2. Mengucapkan 'Terima Kasih' sebagai tanda syukur

  • Sebelum makan, katakan 잘 먹겠 습니다 [Jal meok-ge-sseum-ni-da] kepada seseorang yang telah menyediakan makan. Ia bermaksud "Saya akan makan dengan baik." Setelah selesai makan, 잘 먹었 습니다 [Jal moke-got-sum-nida] boleh digunakan untuk menyatakan penghargaan anda. Ia diterjemahkan sebagai "Saya makan dengan baik."

3. Meletakkan mangkuk di meja

  • Semasa makan, jangan pegang mangkuk sup atau nasi di tangan anda. Hanya memegang sudu atau penyepit/chopstick dan tinggalkan mangkuk di atas meja.

4. Tidak meniup hidung ketika berada di meja makan

  • Orang Korea menganggap ia kurang ajar untuk meniup hidung mereka di hadapan orang lain, maka mereka biasanya pergi bilik air jika perlu.

5. Tidak membuat bunyi/bising dengan memukul/mengetuk pinggan @ mangkuk

  • Jangan membuat bunyi-bunyi dengan memukul mangkuk dan pinggan dengan sudu atau penyepit anda. Selain itu, ia juga dianggap kurang ajar jika membuat banyak bunyi ketika mengunyah.



You Might Also Like

1 comment

  1. Wahhhhh thanks share!!! Hihi part pegang mangkuk tu la susah hihi

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90