12 Tips Untuk Sentiasa Tenang

April 11, 2016


Hari ni nak kongsi sedikit tips untuk hidup kita lebih tenang dan aman. Tips ini dikongsikan oleh pakar diari hati. So, korang yang rasa kurang tenang hari ni, baca semua tips ni. InshaAllah korang akan tenang.

1. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain . Kita mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan susah senang kehidupan mereka .

2. Jangan berfikiran negatif terhadap benda yang kita tidak boleh kawal . Sebaliknya , tumpukan pada apa yg kita ada . Tenaga , masa dan wang kita , fokus terhadap benda positif yang mampu kita buat pada masa ini .

3. Tidak berlebihan melakukan apa yang anda tidak mampu buat . Cukuplah setakat yang anda mampu . Jangan terlalu obses .

4. Jangan terlalu beremosi terhadap diri sendiri , jika ada yang perli , senyum kan saja .

5. Jangan bazirkan tenaga dan masa terhadap gosip politik dan gosip liar yang keterlaluan .

6. Berfikir dengan tenang dan positif terhadap masalah dan musibah yg menimpa .

7. Iri hati adalah sia-sia . Harta orang bukan rezeki dan hak kita .

8. Jangan ungkit kesilapan pada masa lampau . Lupakan ! Ianya akan menghancurkan kegembiraan kita di masa depan .

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa . Sebarkan kasih sayang .

10. Berdamailah dengan diri dan bersyukur dengan apa yang ALLAH telah kurniakan .

11. Tiada siapa yang boleh menggembirakan kita selain dari diri kita sendiri dan tiada ketenangan melainkan tawakal pada-Nya .

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kita harus terus belajar . Jangan mudah putus asa dengan masalah .

You Might Also Like

1 comment

Terima kasih :)

728 x 90

Flickr Images

Like us on Facebook

INSTAGRAM