Drama Akulah Balqis



Drama `Akulah Balqis' menyaksikan lakonan hebat Puteri Balqis, Nabilah Huda, Aeril Zafril, Nazim Othman dan Nadia Brian selaku watak utama.

Genre : Drama Cinta
Pengarah : Pali Yahya
Rating : 4.5 juta penonton
Skrip : Erma Fatima
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 7.02 petang
Mula Ditayangkan : 18 November 2015

Sinopsis

Drama Akulah Balqis mengisahkan tentang seorang anak kecil bernama Balqis yang terpaksa menguruskan kehidupannya sendiri dan melupakan zaman persekolahannya setelah ibunya dan ayahnya ditangkap.

Yamin, yang merupakan ayah kepada Balqis menjadi tertekan setelah kehilangan pekerjaan. Akibat dari itu dia mula terjebak dengan dadah. Balqis tinggal sebatang kara, dan dihantar ke rumah kebajikan. Suatu hari Balqis melarikan diri dan mulai hidup sebagai gelandangan.

Hendak dijadikan cerita, ada seorang model bernama Milda yang kerap kali bermimpi tentang Balqis. Suatu hari, mimpi yang kerap menghantui Milda bertukar menjadi realiti bila dia secara tidak sengaja telah terlanggar Balqis dan membuat keputusan untuk membawa Balqis pulang ke rumahnya.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda. 

Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis. Tiba-tiba suatu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. 

Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis daripada ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu. Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis?

Pelakon
  • Puteri Balqis sebagai Balqis/Aqish
  • Aeril Zafrel sebagai Yamin, ayah kepada Balqis
  • Nabila Huda sebagai Seri, ibu kepada Balqis
  • Nazim Othman sebagai Adi, ayah angkat Balqis
  • Nadia Brian sebagai Milda, ibu angkat Balqis
  • Bella Dally sebagai Cikgu Balqis, guru Balqis

Lagu Tema Akulah Balkis

Lagu : Semua Tentang Kita
Penyanyi : Asfan


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90