Drama Teman Lelaki Upahan



Drama ini merupakan drama adaptasi dari novel Teman Lelaki Upahan karya Azura Rasiddin dan ditayangkan di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam hingga 8 malam. Bintang utama untuk drama ini ialah Ungku Ismail Aziz dan Elizad Sharifuddin.

Genre : Drama Cinta
Pengarah : Azma Aizal Yusoof
Skrip : Mufid Shuhaimi
Siaran : Slot Akasia TV3
Tempoh siaran : Isnin - Khamis, 7.00 petang
Mula Ditayangkan : 9 Februari 2015
Tempoh siaran  : 1 jam (60 minit)

Sinopsis

Teman Lelaki Upahan mengisahkan EL (Ungku Ismail Aziz), pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia (Elizad Sharifuddin). Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, EL terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga EL, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam. Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia. Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. EL pula kecewa bila kekasih hatinya Zarra (Izara Aishah) berkahwin dengan abang longnya sendiri. Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zarra yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zarra cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Mulut kata benci, tapi hati kata sayang. Rasa cinta EL yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam. Masihkah ada ruang untuk Kyra Lydia melenyapkan rasa dendam EL yang membara terhadap dirinya?


Pelakon

  • Ungku Ismail Aziz sebagai Ezwan Lufti
  • Elizad Sharifuddin sebagai Kyra Lydia
  • Izara Aishah sebagai Zarra Aulia
  • Wan Raja sebagai Ezwan Yazeed
  • Siti Nur Zakiah sebagai Najwa Atikah
  • Shah Iskandar sebagai Fareez
  • Fikhree Bakar sebagai Iqbal Haidar
  • Efazira Sabri sebagai Elena
  • Sharifah Alesha sebagai Ezwani Sofea
  • Fazlina Ahmad Daud sebagai Azlina
  • Rahim Omar sebagai Dato Azham
  • Zaryn Min sebagai Datin Izzati
  • Mahmud Ali Basha sebagai Tan Sri Omar Wang
  • Dian P.Ramlee sebagai Puan Sri Sanisah
  • Azhan Rani sebagai Malik

Lagu Tema Teman Lelaki Upahan

Lagu : Rahsia
Artis : Ippo Hafiz

Lagu : Angin Kencang
Artis : Noh Salleh


You Might Also Like

0 comment

Terima kasih :)

728 x 90