5 Drama Korea Kegemaran (Bahagian 2)

April 14, 2016

Assalamualaikum.


Hai, hensem tak orang dalam gambar dekat atas ni? hihihi. Siapa suka angkat tangan sekarang. Korean wave sangat sekarang ni, korang mesti suka drama korea yang tengah letup letup tu kan? Dah lupa lah tu my love from the star. Dah, malas cakap banyak.

Jom Cekidaut.


1. Descendants of The Sun

Ok, cerita ni tengah meletup gila sekarang ni, semua sebab song joong ki. Aku pun turut jadi official fan song joong ki kot tetiba. Kalau korang tengok running man, kwangsoo asyik kena troll sebab song joong ki lagi popular. haha. Storyline berbeza dari drama biasa kita tengok tu, takde ceo bagai dalam cerita ni sebab lebih kepada life special forces, doktor dan misi menyelamat. Wahh, power juga production dorang ni fikir, lagipun song joong ki baru keluar dari army kan, so sesuai sangatlah dengan timing dia. Aku kasi 10 bintang dekat drama ni dan satu bintang lebih untuk hero. LOL.




2. She Was Pretty

Cerita ni pula tentang seorang gadis (hye jin) yang masa zaman sekolah dia paling cantik dan bijak tapi bila dah besar dia dah tak cantik dan susah untuk dapat kerja. Masa zaman sekolah dulu dia crush dengan seorang budak laki nama seong joon yang gemuk dan selalu kena buli. Dorang plan untuk jumpa lepass dah besar, seong joon igt hye jin masih cantik macam dulu, so hye jin plan guna kawan dia untuk perjumpaan dia tu. Lepas tu korang tengok lah sendiri, BEST weyh! Aku suka siwon dan kesian dekat siwon dalam cerita tu. Please dont make joke if you like someone, boys! Aku suka sangat style Park Seo Joon, annyeong oppa! LOL





3. Remember

Remember ni pada mulanya aku tengok iklan dekat astro yang macam menarik je drama dia lepas tu aku tengok orang review cerita ni best, baru aku mula tengok. Cerita ni tentang jin woo yang ada kelebihan untuk ingat setiap benda tapi malangnya ayah dia terlibat dalam suatu insiden pembunuhan dan ayah dia lupa sama ada dia bersalah atau tidak dalam insiden tu. Jadi, cerita ni banyak berkisar tentang jin woo selesaikan kes tu,life pendakwa raya dan orang-orang atasan yang jahat.



4. Cheese In The Trap

Aku tengok cerita ni sebab seo kang jun je sebenarnya, hahaha, kelakar kot dia dalam ni terutama masa dia kena kick dari diambil bekerja. Dia ingat dia hensem sangat untuk diterima sebagai pekerja but yes he is (T.T). Aku suka heroin dia, macam real korean beauty gitu kot, hahaha. Storyline dia menarik sebab hero dia macam selalu protect heroin ni tapi heroin ni macam tak percaya yang hero tu betul-betul nak dekat dia sebab dia selalu dengar orang lain cerita tentang kisah silam hero tu. Btw, cerita ni diambil dari komik ke ape tah lupe.



5. Oh My Venus

Best! hahaha. Tu benda first sekali aku nak cakap. Aku suka shin min a punya signature 'dimple pop kiss' tapi aku pulak takde dimple. Cerita ni tentang kang joo eun yang pada zaman dulu sangat cantik dan menjadi kegilaan ramai pelajar, kiranya dulu dia venus lah lepas tu dah jadi gemuk dan boyfriend dia curang. Dia jumpa john kim a.k.a so ji sub untuk kuruskan dia sekali dedua jatuh hati. Nanti korang tengok la macam mana jadinya.



Lepas ni sambung bahagian 3? Nanti aku nak pergi jemur kain kejap. pheww..

You Might Also Like

3 comment

  1. Saya dah folo semua kecuali no.3, next list kot. Ahaa

    ReplyDelete
  2. Ya Allah lama dah tak follow korea.. :)

    ReplyDelete
  3. semua best..hahahahaha..dah tengok =D

    ReplyDelete

Terima kasih :)

728 x 90

Like us on Facebook

INSTAGRAM